To save your family, buy gold...... To help our nation, keep gold...... use gold...

Wednesday, December 2, 2009

Malaysia guna dinar emas

Utusan Malaysia 25 April 2006
Malaysia guna dinar emas dengan tiga negara Asia Barat

KUALA LUMPUR - Malaysia akan menjalankan perdagangan berasaskan dinar emas dengan tiga negara Asia Barat sebagai ganti kepada dolar Amerika Syarikat (AS) tidak lama lagi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah itu masih dalam kajian dan belum ada keputusan konkrit mengenainya. Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama tiga negara Asia Barat berkenaan.``Kita sedang kaji negara mana yang sesuai. Kita belum buat keputusan. Ada tiga negara Asia Barat. Mungkin mereka akan terima. Terpulang pada mereka.

``Bukan mudah hendak bagi orang terima penggunaan sesuatu mata wang, tetapi kita yakin dengan beberapa negara yang kita mempunyai hubungan rapat, kita akan mempromosikannya,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Hari Pekerja 2002 Bagi Sektor Awam anjuran Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Bukit Kiara di sini, hari ini.

Perdana Menteri seterusnya berkata, sehingga kini, Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan 24 negara yang menjalankan urusan menerusi pembayaran dua hala.
``Mana-mana negara pun kita boleh runding, tetapi tidak semestinya dengan 24 negara berkenaan,'' katanya. Beliau menjelaskan, pengenalan dinar emas sebenarnya masih asing bagi kebanyakan negara yang selama ini menggunakan dolar AS dalam urusan perdagangan mereka.
Sehubungan itu, kata beliau, Malaysia tidak boleh memaksa sesebuah negara menerima penggunaan mata wang berkenaan bagi menggantikan dolar AS.

``Kita sedang mempromosikan penggunaannya, tetapi kita bukan boleh paksa negara lain. Kalau mereka tak mahu guna, kita tidak boleh paksa.``Mereka perlu kaji ekonomi dan hubungan dengan negara lain,'' katanya. Namun begitu, kata Dr. Mahathir, pengenalan terhadap dinar emas mendapat sambutan baik di kalangan banyak negara. Ini kerana, tegas beliau, penggunaan mata wang dinar yang bersandarkan kepada harga tetap emas mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding dolar AS.

``Dengan emas, kita tidak boleh terlalu membuat spekulasi sebagaimana dolar. Harga emas adalah tetap. ``Kita hanya nilai wang dengan harga emas sebenar dalam sesebuah negara itu,'' jelasnya. Dr. Mahathir menjelaskan, penggunaan mata wang dinar bagi menggantikan dolar AS dapat menyelesaikan banyak masalah terutama dalam masalah turun naik mata wang sesebuah negara. Beliau berkata, satu lagi seminar bagi membincangkan penggunaan mata wang tersebut akan diadakan bagi peringkat antarabangsa di sini. Perkara itu, katanya, perlu diberi penerangan dengan sejelas-jelasnya memandangkan ia merupakan sesuatu yang dianggap baru oleh setiap negara.

Ditanya sama ada wujud bangkangan daripada pihak Barat terhadap pengenalan penggunaan dinar emas, Perdana Menteri berkata: ``Tidak ada bangkangan.''

No comments:

Post a Comment

Comment

30 day gold price per ounce
30 Day gold silver ratio.


Emas Terlampau dan Melampau