To save your family, buy gold...... To help our nation, keep gold...... use gold...

Tuesday, September 20, 2011

Apa itu Pelaburan Emas(Fizikal) , Skim Emas dan Skim cepat kaya ??

Pelaburan Emas.

Di Malaysia, memang ada syarikat-syarikat yang menawarkan pelaburan emas. Ramai yang terkeliru antara pelaburan emas dan menyertai Skim pelaburan emas.
Pelabur menyertai skim-skim pelaburan ini bukanlah atas sebab emas, tetapi kerana dijanjikan pulangan lumayan. Tanpa pulangan lumayan, skim ini akan gagal menarik perhatian pelabur.

Bukan tujuan saya nak menggalakkan anda menyertai skim pelaburan emas, tetapi lebih kepada memberi panduan sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan emas ni.

Jika anda mengetahui mana-mana syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas, sila letakkan di bahagian komen. Maklumat ini perlu dikongsikan bersama.

Jika anda berminat untuk menyertai skim pelaburan emas atau pelaburan emas, disini saya ada sedikit panduan untuk anda:

Panduan sebelum menyertai pelaburan emas.

1. Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat malaysia.
Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas.
anda boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/
Biasanya, ini adalah perkara pertama yang saya akan lakukan.
2. Berapa harga emas yang dijual? Adakah harga semasa dunia atau lebih tinggi?
3. Buat pengiraan kos penyertaan. Ada syarikat yang akan kenakan kos-kos
sampingan kepada pelabur. Kos-kos ini perlu diambil kira kerana ia akan
mengurangkan keuntungan pelabur.
4. Pastikan bila anda membeli emas, anda mendapat emas waktu itu juga.
Kadang-kadang ada syarikat yang tidak memberikan emas dengan alasan
tiada stok lagi dan lain-lain, tetapi tetap memberikan pulangan kepada pelabur.
Ini adalah salah! Kalau syarikat tersebut ada rekod buat begini, JANGAN SERTAI!
5. Jika program berkenaan memerlukan anda menyerah balik emas anda
kepada syarikat untuk didagangkan, JANGAN SERTAI!
Ini adalah risiko yang sangat tinggi.
6. Exit cost – setelah tamat kontrak, adakah syarikat membeli balik emas anda?
Berapa kos ditolak? Kira kos ini kerana ia akan mengurangkan keuntungan anda.
7. Cuba kira kerugian anda dalam ‘worst case senario’
Contohnya kalau syarikat cabut lari. Kalau syarikat tu ada agen,
minta agen tu cerita dan kira. Jangan cerita profit aje, kira rugi sekali.
Jadi anda boleh tahu risiko awal-awal.
8. Ada kontrak tak? kalau ada kontrak, senang nak refer kalau ada apa-apa masalah
di masa hadapan. Kalau janji mulut sahaja then JANGAN SERTAI.
Tetapi ingat kontrak cuma panduan, bukan penyelamat.
Kalau syarikat nak menipu, dia akan tipu juga.


Faktor risiko.

Menyertai skim pelaburan emas mempunyai kebaikan dan keburukan risiko tersendiri.
Contohnya kebaikan ialah pulangan yang ditawarkan lebih tinggi berbanding kaedah pertama. Kalau syarikat bertahan lama, maka memang pelabur boleh buat duit. Tapi sebelum anda seronok membayangkan keuntungan saya nak beritahu bahawa skim pelaburan emas ada risikonya.
Pelabur boleh rugi kalau syarikat cabut lari atau syarikat tak bayar atau syarikat menghadapi tindakan pihak berkuasa. Apatah lagi kalau anda buat loan untuk menyertai program-program pelaburan emas.
Anda boleh rugi besar

Skim cepat kaya yang menggunakan emas.
Skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan. Ini perlu dielakkan sama sekali. Bagaimana nak tahu? mudah ja.. ini ciri-cirinya:

1. Syarikat/agen akan menumpukan penerangan kepada PULANGAN YANGLUMAYAN.
Bagaimana boleh buat duit berbanding bercerita pasal emas.
2. Pendaftaran syarikat tidak di SSM tidak menunjukkan syarikat terlibat dengan
aktiviti jual beli emas.
3. Harga emas yang dijual adalah tinggi, tapi anda joint sebab pulangan lumayan
yang dijanjikan.
4. Jika anda cari pelabur lain, anda dapat komisyen. Lebih ramai, lebih income.
5. Pulangan yang dijanjikan amat tinggi contoh 10% sebulan
6. Kalau nak dapat pulangan lebih tinggi, emas perlu diserahkan kepada syarikat
semula untuk didagangkan. Kalau begini, better lari jauh-jauh.


Kesimpulan:

Adalah penting bagi anda menjadi seorang pelabur yang bijak.
Dengan memahami jenis pelaburan emas ini, saya harap anda tahu yang manakah satu anda boleh sertai dan yang mana satu perlu dielakkan.
Jika anda ada maklumat berkenaan syarikat yang menawarkan pelaburan emas, sila kongsikan di bahagian komen http://www.dinaremasmalaysia.blogspot.com/

Friday, August 5, 2011

Risiko menyimpan wang kertas berbanding Emas

Jika berlaku musibah seperti dibawah sudah tentu simpanan wang kertas hanya akan berputih mata tetapi jika simpanan Emas sudah tentu akan dicari walau sudah bertukar wajah, semoga Nik Fatimah bersama keluarga tabah menghadapi dugaan Allah SWT.

Duit zakat, pampasan RM3,350 jadi abu

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my

BEBERAPA ahli keluarga Nik Fatimah mengutip barang-barang selepas rumah mereka hangus dijilat api di Kampung Serdang Baru, Bukit Tunggal kelmarin.

KUALA TERENGGANU – Kegembiraan seorang warga emas mendapat wang pampasan kemalangan serta zakat tidak berpanjangan apabila rumahnya hangus dijilat api dalam kejadian di Kampung Serdang Baru, Bukit Tunggal dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 malam itu, wang pampasan kemalangan berjumlah RM3,000 dan wang zakat RM350 milik mangsa, Nik Fatimah Embong, 60, hangus menjadi abu.

Dia yang juga ibu tunggal berkata, wang itu diterimanya kira-kira dua minggu lalu ekoran kemalangan motosikal yang dialaminya tahun lalu.

“Baru-baru ini, saya juga dapat wang zakat sempena Ramadan sebanyak RM350. Semua duit itu saya simpan di dalam almari dan bercadang untuk menggunakannya sempena Hari Raya Aidilfitri nanti,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

sumber = http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm


Manusia memilih emas sebagai penyimpan kerana:



1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar.

2. Emas tidak mudah dibinasakan.

3. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.

4. Ia sukar diperolehi.

5. Emas adalah Insuran sebenar anda.

Tuesday, August 2, 2011

Nilai Emas


Seperti logam-logam bernilai yang lain, emas dinilai dengan berat troy dan apabila ia dialoi dengan logam yang lain perkataan karat digunakan untuk menunjukkan kuantiti emas yang hadir, 24 karat adalah emas tulen. Sejarah menunjukkan bahawa emas pernah digunakan untuk menyokong matawang dalam sistem yang digelar piawaian emas di mana satu unit matawang adalah bersamaan dengan beberapa jumlah berat emas. Dalam sistem ini, kerajaan dan bank pusat cuba untuk mengawal harga emas dengan meletakkan nilai yang mereka ingin tukarkan dengan matawang.
Untuk sekian lamanya nilai emas diletakkan oleh kerajaan Amerika Syarikat pada harga $20.67 per troy auns, namun pada tahun 1934 nilai ini ditetapkan pada harga $35.00 per troy auns. Disebabkan krisis emas pada Mac 17 1968, satu skim peletakan harga dua peringkat diperkenalkan di mana emas masih lagi digunakan untuk menguruskan akaun antarabangsa pada nilai lama iaitu $35.00 per troy auns ($1.13/g) tetapi harga emas dalam pasaran persendirian dibenarkan untuk turun-naik. Pada 1975 sistem dua peringkat ini diabaikan apabila harga emas dibenarkan untuk turun-naik. Semenjak 1968 harga emas pada pasaran terbuka telah turun-naik dengan luasnya, dengan rekod tertinggi $850/oz ($27,300/kg) pada 21 Januari 1980, sehinggalah ke rekod terendah $252.90/oz ($8,131/kg) pada 21 Jun 1999 (Tetapan London). Harga emas telah meningkat ke $500/oz pada penghujung 2005, oleh sebab susut nilai dolar Amerika dan inflasi akibat kenaikan kos tenaga.
Oleh kerana kegunaannya sebagai stor simpanan nilai, pemilikan emas persendirian kadang kala dihadkan atau diharamkan. Di dalam Amerika Syarikat, pemilikan emas secara persendirian kecuali sebagai bahan kemas atau pengumpulan duit syiling diharamkan dari tahun 1933 ke tahun 1975.
Sebagai pelaburan ketara, emas kadang kala dipegang sebagai sebahagian daripada portfolio kerana pada jangka masa yang panjang emas telahpun memiliki sejarah yang lama dalam pengekalan nilainya. Emas menjadi semakin menarik di saat-saat keyakinan rendah dan semasa hiperinflasi kerana emas mengekalkan nilainya walaupun apabila wang hampa menjadi tidak bernilai.
Kontrak berniaga hadapan berasaskan emas kini diniagakan oleh pelbagai bursa di seluruh dunia.

Sunday, July 3, 2011

Mesin Automatik Jual Kepingan Emas


LONDON – Sebuah mesin automatik di sebuah pusat beli-belah Westfield, di barat London menjual kepingan emas, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebuah komputer di dalam mesin itu akan mengemas kini harga emas setiap 10 minit berdasarkan harga di pasaran dunia.

Para pembeli boleh memilih wang syiling emas seberat satu gram berharga £40 (RM192.97) atau kepingan emas seberat 250 gram yang berharga £10,250 (RM49,445) dengan menggunakan mesin tersebut.

Mesin itu juga mengeluarkan kepingan emas kecil seberat 2.5 gram dengan harga £100 (RM482.46)

Kepingan emas paling kecil yang dijual di mesin itu ialah satu gram.

Tidak ada pengawal keselamatan yang mengawasi mesin automatik itu namun ia diperkukuhkan dengan besi dan dilengkapi sistem penggera keselamtan.

sumber: Kosmo Online

GOLD ATM

Thursday, June 23, 2011

Kebaikan Emas Dan Perak





  • Emas dan perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.

  • Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa.

  • Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.

  • Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.

  • Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul.

  • Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.

  • Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.

  • Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.

  • Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dolar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan.

  • Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya.

  • Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan.

  • Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.

  • Semasa Perang Vietnam 1969-1975, Amerika Syarikat dikatakan mencetak wang kertas dolar untuk menampung kos peperangan. Wang kertas dolar ini dilarang masuk ke Amerika Syarikat semula.

Wednesday, June 22, 2011

Kenapa Menyimpan Dalam Emas Fizikal?

10 Sebab Utama untuk Menyimpan dalam Emas Fizikal


1) Emas adalah logam yg disebut didalam Al Quran dan Hadith.
2) Emas tidak boleh direka atau dibuat oleh manusia.
3) Tiada pelaburan emas yang boleh menawarkan harga mati(tetap).
4) Tiada kesan apabila berlaku krisis kewangan terutama penukaran wang US Dolar.
5) Emas didagangkan mengikut pasaran antarabangsa.
6) Pasaran emas kalis bencana alam, peperangan mahu pun masalah politik semasa.
7) Tiada kerugian yang melampau seperti pasaran saham atau bon.
8) Emas adalah pelaburan anti inflasi.
9) Permintaan emas semakin lama semakin tinggi.
10) Emas sudah diperkakui sejak berabad-abad lamanya.

Emas adalah wang


Emas adalah wang kerana ianya mudah diurusniaga dan dijual sama ada pada harga belian atau jualan serta mudah dibawa dan mempunyai pertukaran harga yang cukup tinggi.

Emas adalah wang kerana ianya diciptakan untuk dipecahkan sama ada menjadi syiling ketulan bar tanpa merosakkannya kerana ianya adalah emas asli .999 (99.9% asli) dan ianya amat bertepatan dalam melakukan mana-mana urusan dengan lebih mudah. Emas juga mudah diminati dan dikenali kerana setiap berat dikira atau ditimbang untuk menentukan harga pasaran yang sebenar.

Emas adalah wang kerana mudah untuk disimpan tidak mudah berkarat, reput atau busuk kerana ianya mempunyai nilai yang tersendiri dan mmpunyai nilaian yang amat tinggi diseluruh dunia sebagai sebuah barang mewah dan ianya menjadi eleman yang amat penting dalam industri besi terutama teknologi perbuatan Ini juga emas juga diterima diseluruh dunia sejak turun temurun lagi.

Emas juga sentiasa dikaitkan dengan pertukaran matawang asing dantidak perlu diperkatakan, dinilai harganya dan dijamin tahap keselamatan oleh kerajaan.

Sebagai bentuk pelaburan, emas dilihat sebagai asset kewangan yang boleh mempertahankan harga ketika suasana ekonomi, politik dan sosial semasa dan emas juga dilihat sebagai sebuah institusi pelaburan yang selamat.


Tuesday, June 14, 2011

Perbandingan diantara emas yang boleh didapati di Malaysia

KIJANG EMAS
Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu
Spread 1oz (6%), 1/2oz (8%), 1/4oz (10%)
Tidak boleh lock harga
Tidak boleh booking
Perlu dapatkan sendiri di Maybank
Stok selalu habis
Maybank tidak beli semula kalau calar

EMAS OUB
Boleh dibeli di OUB Utama sahaja
Spread berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar (2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%)
Perlu dapatkan sendiri di OUB
Stok selalu habis
Mesti bawa resit asal masa jual balik
Tidak boleh buka sarung

PAMP SUISSE
Boleh dibeli di kedai emas tertentu
Spread antara 10%-30% mengikut kedai
Buka sarung tolak harga

EMAS BUNGA RAYA
Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja
Spread 15%-25%
Buka sarung tolak harga
BARANG KEMAS
Boleh dibeli di mana-mana kedai emas
Harga tinggi berbanding pasaran
Spread 20%-40%

DINAR EMAS KELANTAN
Boleh dibeli melalui ejen berdaftar atau orang perseorangan - link
Stok terhad dan selalu kehabisan
Spread 10%-15%

EMAS PUBLIC GOLD & PUBLIC DINAR
Boleh dibeli daripada mana2 dealer public gold
Spread hanya 5%-8%
Jaminan beli balik walaupun dibuka sarung,kemek,calar dan sebagainya asalkan berat masih sama
Boleh booking dan lock haraga
Dinilai oleh assaayer emas bertauliah
Disertakan dengan Certificate of Authenticity
Dijamin 100% tulen

Sejarah Emas


Komoditi emas mula di dagangkan di Spot Market bermula pada tahun 1992, ianya bermula dengan harga serendah $345.63 per oz bersamaan RM 38.50 segram (mengambil kira $1 = RM 3.50), kemudian pada tahun 1996, di sebabkan kemelesetan ekonomi dunia harga emas telah menurun kepada paras terendah untuk selama2nye iaitu pada harga $249.42 per oz. Disebabkan krisis kemelesetan yang begitu hebat pada waktu itu, ekonomi dunia dan komoditi emas mengambil masa selama hampir 5 tahun untuk proses "Recovery" atau baik pulih semula iaitu sehingga pada tahun 2001.


Graf menunjukan kenaikan harga emas dunia...
Sejak dari itu harga emas di pasaran dunia terus-menerus meningkat saban tahun sehinggalah pada tahun 2007, sekali lagi krisis ekonomi berlaku di sebabkan "Sub-Prime Crisis" atau krisis sub-prima sekaligus menyebabkan harga emas menurun daripada $963.69 kepada $724.63. Namun, berpandukan kisah hitam 10 tahun yang lalu, beberapa langkah drastik telah diambil oleh A.S untuk memperbaiki krisis itu, dan dalam hanya beberapa bulan sahaja harga emas telah kembali meningkat kepada $981.18 per oz. Bertitik tolak dari krisis dunia kali ke-2 ini, masyarakat telah mula sedar bahawa punca kepada semua krisis ekonomi dunia ialah disebabkan pengamalan sistem ekonomi kapitalis yang menyebabkan berlakunya Inflasi (kejatuhan nilai wang) dari tahun ke tahun di seluruh dunia.

Kesinambungan itu, ramai masyarakat telah mula menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas fizikal berbanding wang ringgit, yang mana ianya memegang nilainya sendiri dan tidak seperti wang kertas yang mana nilainya perlu bersandarkan dengan rizab simpanan emas di sesebuah negara itu. Sejak itu harga emas terus meningkat saban tahun iaitu dari $981.18 per oz, kini telah mencapai paras tertinggi dalam sejarah harga emas dunia iaitu melebihi $1500.00 per oz!! Lihat, betapa tingginya permintaan terhadap besi kuning ini sedangkan penawarannya amat terhad dan ianya adalah semulajadi.

Justeru, marilah sama-sama kita menyimpan kekayaan dalam bentuk emas, agar wang yang disimpan tidak susut nilainya di telan Inflasi

Sunday, June 5, 2011

Dinar Dirham: KGT sasar 20 ribu kedai


Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 28 Mei: Kelantan Golden Trade (KGT) mensasarkan 20,000 peniaga yang berminat menerima urusniaga Dinar dan Dirham bagi menyemarakkan penggunaan mata wang syariah.

Pengarah Eksekutif KGT Nik Mahani Mohamad berkata, tindakan proaktif itu bagi mempopularkan semula penggunaan mata wang syariah di kalangan umat Islam.

“Untuk 2011 kami target pendaftaran 20,000 kedai termasuk kedai kepunyaan non-muslim yang sedia menerima Dinar dan Dirham sebagai mata wang syariah.

“Dan diharap ia menjadi pencetus kepada pembayaran gaji kakitangan kerajaan, pembayaran zakat dan aktiviti jual beli rakyat menggunakan Dinar dan Dirham” katanya pada persidangan media sempena Kempen Dinar Emas Kelantan 2011 di sebuah hotel di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi KGT, Umar Ibrahim Vadillo. Sekarang lebih 2,000 pekedai berdaftar dengan KGT di seluruh Malaysia.

Nik Mahani juga berkata, KGT kini berusaha menyemarakkan lagi penggunaan mata wang syariah, di mana telah dimulakan kempen sejak dua bulan lalu di Kuala Lumpur.

“Di samping mendekati rakyat, program itu juga dilaksanakan sempena pelancaran Projek Printis Pasar Terbuka Pasar Besar Siti Khadijah di Kelantan,” ujarnya.

KGT juga melancarkan Khidmat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bagi memudahkan pengguna mengetahui harga harian Dinar dan Dirham pada sepanjang tahun.

Selain itu KGT turut menyertai Karnival Halal Kelantan 2011 yang akan dirasmikan Tengku Mahkota Kelantan pada 29 Mei di Balai Islam.

sumber : Harakah Daily

Saturday, May 14, 2011

Saturday, April 23, 2011

Lonjakan harga emas


LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).

Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.

"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.

Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.

"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.

"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.

sumber: Kosmo

Friday, February 4, 2011

Mendulang emas di Alpine

Kegilaan mendulang emas di Alpine

HUJAN rintik-rintik, angin bertiup lembut dan ruang angkasa yang tidak memancarkan cahaya terik bukan suasana musim panas yang sempurna untuk menghabiskan masa berjam-jam di Sungai Upper Rhine di bahagian timur banjaran Alps, Switzerland.
Namun itulah yang dilakukan oleh beberapa pendulang emas yang memakai but paras lutut bersenjatakan baldi dan penyodok sambil menunduk tekun mendulang emas.
Kawasan di Disentis mempunyai reputasi sebagai lokasi emas kerana jika bernasib baik pendulang menemui seketul emas yang besar.
"Untuk mencari emas, seseorang perlu banyak masa dan kesabaran yang tinggi. Emas adalah sesuatu yang cukup istimewa.
"Logam ini mempunyai magis tersendiri, apabila ia dalam genggaman seseorang maka ia adalah sesuatu yang cukup istimewa. Anda mungkin dipukau semangat emas," kata seorang pakar tempatan dalam seni mendulang, August Braendle.
Harga emas
Dengan harga emas yang melonjak, para pelabur merasakan ia adalah komoditi yang selamat ketika ekonomi global meleset. Sehubungan itu, aktiviti mendulang emas kembali.
Pada bulan Jun lalu, harga emas melonjak sehingga AS$1,265 (RM3,952) seauns. Kini harganya berada sekitar AS$1,220 (RM3,811) seauns.
"Lonjakan harga mungkin menjadi titik tolak kepada sesetengah orang di sini kerana ia merupakan topik hangat buat masa ini.
"Namun saya rasa ia bukan punca utama kerana kebanyakan emas yang kami temui mempunyai nilai tersendiri," kata Braendle.
Emas yang ditemui di Rhine biasanya mempunyai harga yang lebih tinggi dalam pasaran kerana ia didulang dengan tangan.
Pendulang biasanya menggali sebaldi tanah sungai sebelum menuangkannya melalui sebuah pintu air yang menghadang bahan-bahan berat termasuk emas. Kandungan pintu air dikosongkan ke atas dulang yang rata sebelum dikacau untuk mengasingkan serpihan emas.
Braendle menunjukkan subang dan rantai miliknya yang ditempa dengan emas yang ditemui di sungai itu.
Malah dia digelar oleh penduduk tempatan sebagai Gold Gusti kerana pernah menemui ketulan emas seberat 48.7 gram yang kini disimpan di bank.
Ketulan emas itu merupakan satu rekod di Switzerland, tetapi tidak lama selepas itu satu lagi ketulan seberat 123.1 gram ditemui oleh seorang pendulang bernama Peter Boelsterli.
"Masih terdapat banyak rahsia di sini," ujar Braendle yang sebelum ini bekerja di sebuah firma komputer di Zurich sebelum berpindah ke Disentis pada tahun 1995 untuk mengejar hobinya.

Dia kini menghabiskan masa sebagai pemandu pelancong yang mendulang pada musimnya iaitu di antara bulan Mei hingga pertengahan Oktober atau di landasan kereta api pergunungan pada musim sejuk.
"Bagi saya emas adalah hobi, kerja dan segala-galanya," luahnya.
Namun ramai yang mengakui mendulang emas di Switzerland, sebuah negara bergaji besar dengan kadar pengangguran yang rendah, sebagai memenatkan dan tidak berbaloi.
Penemuan emas di Switzerland sebenarnya jarang berlaku. Penggalian sebuah firma Kanada pada tahun 1982 mendapati hanya 0.7 hingga tiga gram emas ditemui bagi setiap tan tanah. Ia menunjukkan bahawa kawasan tersebut merupakan zon rendah emas. Menurut Swiss Gold Prospector Association, kawasan yang kaya dengan emas mencatatkan angka dua digit.
"Di sini, mendulang emas hanya untuk keseronokan," kata Stefan Grossenbacher, pencari emas profesional yang mengadakan kelas mendulang di Lembah Napf, dekat bandar Lucerne, tengah negara ini pada musim panas sebelum ke New Zealand untuk mendulang emas ketika musim sejuk di sana.
"Tiada siapa boleh hidup dengan hanya mencari emas di sini," katanya lagi. - AFP


Sumber : Kosmo Online

30 day gold price per ounce
30 Day gold silver ratio.


Emas Terlampau dan Melampau