To save your family, buy gold...... To help our nation, keep gold...... use gold...

Tuesday, December 8, 2009

Pengeluaran Duit Syiling Sempena Tahun Astronomi Antarabangsa 2009


Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena sambutan perayaan sedunia Tahun Astronomi Antarabangsa 2009 (IYA2009). Duit syiling peringatan ini dilancarkan hari ini oleh YB Dato' Dr. Maximus Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di Planetarium Negara, Kuala Lumpur. Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan mempunyai spesifikasi berikut:

1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Ia mempunyai nilai muka RM100 dan dijual pada harga RM1,200 sekeping. Kuantiti tempaan adalah sebanyak 100 keping sahaja.

2. Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Ia mempunyai nilai muka RM10 dan dijual pada harga RM150 sekeping. Kuantiti tempaan adalah sebanyak 350 keping sahaja.

3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic
Duit syiling emas Nordic ini mempunyai nilai muka RM1 dan dijual pada harga RM10 setiap satu. Kuantiti tempaan adalah sebanyak 10,000 keping.

Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam Set 3 dalam 1 dan Set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM1,450 setiap set dan hanya terdapat 150 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM200 setiap set dan hanya terdapat 200 set sahaja. Butiran terperinci berkaitan spesifikasi duit syiling ini adalah seperti di Lampiran I.

Reka bentuk Duit Syiling

Penerangan tentang reka bentuk duit syiling peringatan Tahun Astronomi Antarabangsa 2009 adalah seperti yang berikut:

1. Sebelah Hadapan Duit Syiling
Memaparkan Balai Cerap Negara Langkawi dengan teleskop utamanya terletak di sisinya. Latar belakang duit syiling ini memaparkan kumpulan bintang yang dikenali sebagai Orion Belt dan planet Zuhal. Perkataan "International Year of Astronomy 2009" dipaparkan pada bahagian atas duit syiling sebagai menandakan perayaan astronomi global.

2. Sebelah Belakang Duit Syiling
Memaparkan logo rasmi IYA2009 dan tema utamanya "The Universe, Yours To Discover". Perkataan Bank Negara Malaysia dipaparkan di bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling, di bahagian bawah.

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 14 April 2009 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK), dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Lampiran I

Bank Negara Malaysia
13 April 2009

No comments:

Post a Comment

Comment

30 day gold price per ounce
30 Day gold silver ratio.


Emas Terlampau dan Melampau