To save your family, buy gold...... To help our nation, keep gold...... To follow your religion, use gold...

Sunday, October 10, 2010

Safe Deposit Box(SDB) Services



Senarai tempat-tempat Peti Simpanan Keselamatan(Safety Box) yg boleh dihubungi bagi menyimpan emas, barang kemas, dokumen-dokumen penting dan barang berharga milik anda. Caj yang dikenakan diantara RM70-140/setahun bergantung kepada saiz peti simpanan tersebut.

Royal Safe Deposit Boxes
No. 42A Jalan PJS 8/6,
Mentari Business Park,
46150 Bandar Sunway,
Petaling Jaya, Selangor.
Contact Number:
+6017-342 2880 / +603-5631 0110
Website:
http://www.royalsafe.com.my/

Public Safe Sdn Bhd
No. 42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: 03-5634 8999 Fax: 03-5634 1916
Contact Person: Ms Katrina

EON BankHEAD OFFICE

21st Floor, Menara EON Bank,
288, Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
Telephone : 03-2691 0200 (10 Lines)
Facsimile : 03-2698 5388/2692 7488

Brickfields, Kuala Lumpur
150, Jalan Tun Sambanthan
50470 Kuala Lumpur
Telephone : 03-2274 7100
Facsimile : 03-2274 9568

Jalan Tun Tan Cheng Lock
No. 9, Jalan Tun Tan Cheng Lock
50000 Kuala Lumpur
Telephone : 03-2032 4700
Facsimile : 03-2031 9537


PULAU PINANG
9th Floor, Wing B, Northam Tower
No. 57, Jalan Sultan Ahmad Shah
10050 Pulau Pinang
Peti Surat 789, 10800 Pulau Pinang
Telephone : 04-2283 021
Facsimile : 04-2288 192
Pulau Pinang

Ground Floor, Bangunan FOP
123, Jalan Anson
10400 Pulau Pinang
Pulau Pinang
Telephone : 04-226 4177
Facsimile : 04-226 3946

Bukit Mertajam
No. 31, 33, 35 & 37, Jalan Usahaniaga 1
Taman Niaga Jaya
14000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang
Telephone : 04-538 1549
Facsimile : 04-539 8466

Maybank

Johor Bahru
Lot 1-22, Level 1, 2 & 3,
Johor Bahru City Centre,
106-108, Jalan Wong Ah Fook,
80000 Johor Bahru,Johor
07-228 2400/2401/2402

Kuala Lumpur
Bangsar Baru
66, 68 & 70, Jalan Maarof,
Bangsar Baru, 59100
Kuala Lumpur
03-2284 6379, 03-2284 6377

KL Main
1st Floor, Menara Maybank,
100, Jalan Tun Perak, 50050
Kuala Lumpur
03-2074 8042, 03-2074 7452, 03-2074 7052

Taman Tun Dr. Ismail
2, Lorong Rahim Kajai 14,
Taman Tun Dr. Ismail, 60000
Kuala Lumpur
03-7729 3671, 03-7729 3051

Negeri Sembilan
Kuala Klawang
121, Jalan Keyser,
Wisma UMNO,
Jalan Dato’ Moyang Salleh,
71600 Kuala Klawang
Negeri Sembilan
06-613 6344

Pulau Pinang
Komtar
1, Arked Ria Satu,
KOMTAR, 10000 Penang
Pulau Pinang
04-262 0722, 04-262 0723

Perak
Ipoh Main
Bangunan Maybank Trust,
28, Jalan Tun Sambanthan,
30000 Ipoh,
P.O. Box 450,
30912 Ipoh,Perak
05-241 4501, 05-241 2893

Lumut
10, Jalan Sultan Idris Shah,
32200 Lumut,Perak
05-683 5731, 05-683 5875

Perlis
Kangar
Upper Ground Floor,
Menara KWSP,
Jalan Bukit Lagi,
01000 Kangar,Perlis
04-976 4846, 04-976 3419

My Safe Deposit Box
No.25, SR 1/9, Tmn Serdang Raya,
43300 Seri Kembangan, Selangor.
Tel: 03-8941 3228 / 016-2166 352 / 016-2166 353

OCBC Bank
Northern Region
Alor Setar
380 Jalan Raja
05000 Alor Setar
Contact Number: 1-300-88-5000, 1-300-88-0310

Penang
36 Lebuh Pantai
10300 Pulau Pinang
Bukit Mertajam

476 Jalan Arumugam Pillai
14000 Bukit Mertajam
Seberang Perai
Pulau Pinang

Ipoh Main
2 Jalan Dato Maharaja Lela
30000 Ipoh
Perak Darul Ridzuan

Teluk Intan
1054 Jalan Mahkota
36000 Teluk Intan
Perak Darul Ridzuan

Taiping
24-30 Jalan Berek
34000 Taiping
Perak Darul Ridzuan
Central Region

KL Main
Ground Floor Menara OCBC
18 Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur

Ampang
Menara Great Eastern
303 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

Klang
19 Jalan Stesen
41000 Klang
Selangor Darul Ehsan

Subang Jaya
1A-A-4A-A
Jalan USJ 10/1A
Pusat Perniagaan USJ 10
47610 UEP Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan

Petaling Jaya
80, 91 & 93 Jalan SS 21/60
Damansara Utama
47400 Petaling Jaya
Southern Region

Seremban
63-65 Jalan Dato Bandar Tunggal
70000 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

Melaka
Lot FG-001, Ground Floor
Dataran Pahlawan Melaka Megamall
Jalan Merdeka 75000
Bandar Hilir Melaka

Johor Bahru
1 Jalan Ibrahim
80000 Johor Bahru
Johor Darul Takzim

Muar
26 Jalan Maharani
84000 Muar
Johor Darul Takzim

Batu Pahat
108-2 Jalan Rahmat
83000 Batu Pahat
Johor Darul Takzim

Kluang
8A Jalan Dato’ Haji Hassan
86000 Kluang
Johor Darul Takzim

Kota Bahru
3940 Jalan Temenggong
15000 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim

Kuantan
40 Jalan Teluk Sisek
25000 Kuantan
Pahang Darul Makmur

East Malaysia
Kota Kinabalu
21 & 23 Jalan Pantai
88000 Kota Kinabalu
Sabah

Kuching
UG Floor, Gateway Kuching
No.9, Jalan Bukit Mata
93100 Kuching
Sarawak

Public Bank
Pulau Pinang
Bukit Mertajam
2644 – 2648, Jalan Che Bee Noor,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tel: 04-5392205 , 04-5392207
Fax: 04-5392164

Jelutong
407-A, Jalan Jelutong,
11600 Jelutong, Pulau Pinang
Tel: 04-2813227 , 04-2825230
Fax: 04-2825232

Pulau Pinang
87, Lebuh Bishop,
10200 Pulau Pinang
Tel: 04-2613415 , 04-2616755
Fax: 04-2617417

Kuala Lumpur
Bangsar
36 & 38, Jalan Maarof,
Bangsar, 59100 Kuala Lumpur
Tel: 03-22828929, 03-22828930
Fax: 03-22828917

Bukit Damansara
36-40, Medan Setia 2,
Plaza Damansara, Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur
Tel: 03-20954278, 03-20954922
Fax: 03-20949403, 03-20943844, 03-20956417 (RCB)

Jalan Raja Laut
Lot G3 & 1A.2,
Bangunan KWSP,
5, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
Tel: 03-26930722 Fax: 03-26914624

Jalan Sultan Sulaiman
Bangunan Public Bank,
6, Jalan Sultan Sulaiman,
50000 Kuala Lumpur
Tel: 03-20702711 Fax: 03-22745909

Jalan Sungai Besi
12, Jalan Sungei Besi,
57100 Kuala Lumpur
Tel: 03-92214771, 03-92215655
Fax: 03-92212968

Jalan Raja Chulan
Wisma Lim Foo Yong,
86, Jalan Raja Chulan,
50200 Kuala Lumpur
Tel: 03-21418255, 03-21418366
Fax: 03-21487721

Kepong
17, 19 & 21, Jalan Ambong Kiri Dua,
Kepong Baru, 52100 Kuala Lumpur
Tel: 03-62570032, 03-62574690
Fax: 03-62516611, 03-62519386

KL City Main Office
Ground Floor, Menara Public Bank,
146, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Tel: 03-2176 7888, 03-2163 8866
Fax: 03-21639901

Red Carpet Banking
7th Floor, Menara Public Bank,
No 146, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur
Tel: 03-21766723
Fax: 03-21639930

Seri Petaling
40-42, Jalan Radin Tengah,
Bandar Baru Seri Petaling, 57000 Kuala Lumpur
Tel: 03-90585711, 03-90585712
Fax: 03-90570415, 03-90582026

Taman Desa
Lot 1A-3A, Business Centre,
Taman Desa, Off Jalan Kelang Lama,
58100 Kuala Lumpur
Tel: 03-79837811, 03-79837812
Fax: 03-79818069

Taman Maluri
275 & 277,
Jalan Mahkota,
Taman Maluri, Cheras
55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-92859994, 03-92857203
Fax: 03-92856811

Taman Tun Dr. Ismail
66, 68 & 70
Jalan Burhanuddin Helmi
Taman Tun Dr. Ismail
60000 Kuala Lumpur
Tel: 03-7729 4672, 03-7729 9440
Fax: 03-7729 8754, 03-7722 3719

Johor
Johor Bahru
Level 1, 2 & 12, Public Bank Tower,
19, Jalan Wong Ah Fook,
80000 Johor Bahru, Johor
Tel: 07-2241733
Fax: 07-2223813 (Level 1), 07-2241527 (Level 2) & 07-2221988 (Level 12)

Masai
1 & 3, Jalan Suria 3
Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor
Tel: 07-2522498 , 07-2522500
Fax: 07-2511795

Taman Johor Jaya
29, 31, 33 & 35, Jalan Rosmerah 2/10,
Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor
Tel: 07-351 3128, 07-352 3128
Fax: 07-3547113

Taman Perling
31,33 & 35,
Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor
Tel: 07-2344919 , 07-2344608
Fax: 07-2345850

Taman Sentosa
G1 & G2,Wisma Daiman, 64 Jalan Sulam,
Taman Sentosa, 80150 Johor Bahru, Johor
Tel: 07-3316521, 07-3312266
Fax: 07-3312666

Kedah
Jalan Kota
1557, Jalan Kota
05000 Alor Setar, Kedah
Tel: 04-7310559, 04-7311384
Fax: 04-7317716

Melaka
Melaka
60-68, Jalan Laksamana,
75000 Melaka
Tel: 06-2830233
Fax: 06-2844552

Sabah
Kota Kinabalu
Lot G.1 & Lot 1.1, Menara MAA,
6, Lorong Api-Api 1,
Api-Api Centre, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-239611 , 088-239612
Fax: 088-236630

Sarawak
Bintulu
29 – 32, Jalan Sommerville,
97000 Bintulu, Sarawak
Tel: 086-331433
Fax: 086-336028

China Street
28, China Street,
98000 Miri, Sarawak
Tel: 085-417227 , 085-417228
Fax: 085-419855

Kuching City
Nos. 102-110, Jalan Song Thian Cheok,
93100 Kuching,
Sarawak
Tel: 082-417922, 082-417923, 082-417924, 082-417925, 082-417926,
082-417927, 082-417928 & 082-417929
Fax: 082-424248

Sibu
2, 4 , 6 & 8, Lorong 2,
Jalan Tuanku Osman, 96000 Sibu, Sarawak
Tel: 084-320088, 084-316511
Fax: 084-314088, 084-335739

Wisma Saberkas
Lot G.01 & G.02A, Wisma Saberkas,
Jalan Tun Abang Haji Openg,
93000 Kuching, Sarawak
Tel: 082-419889 , 082-428800
Fax: 082-424662

Selangor
Bandar Puchong Jaya
9 & 10, Jalan Kenari 1,
Bandar Puchong Jaya,
47100 Puchong, Selangor
Tel: 03-58821888, 03-58821889
Fax: 03-58821299, 03-58822340

Bandar Sunway
48 & 50, Jalan PJS 11/28A,
Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-56364138, 03-56362256
Fax: 03-56363556

Damansara Utama
49, 51 & 53, Jalan SS 21/60,
Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-77289376, 03-77289406
Fax: 03-77278064

Petaling Jaya New Town
1, 3 & 5, Jalan 52/2,
46200 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-79570211, 03-79570007
Fax: 03-79579601

Section 14
12, 14 & 16, Jalan 14/14,
46100 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-79582585, 03-79582586
Fax: 03-79582593

SS 2
61-1, 61-2 & 61-3,
Jalan SS 2/75,
47300 Petaling Jaya,
Selangor
Tel: 03-78740436, 03-78741933, 03-78741977, 03-78742989, 03-78743011, 03-78743033, 03-78749442, 03-78741911, 03-78778560, 03-78771766
Fax: 03-78741491

Subang Jaya
B1- B4, Jalan SS 15/4D,
Subang Jaya, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-56332420, 03-56332421
Fax: 03-56347713

Taman Chi Liung
22, 24, 26 & 28, Lintang Menalu,
Taman Chi Liung, 41200 Klang, Selangor
Tel: 03-33718899, 03-33718482
Fax: 03-33720319

Perak
Bercham
4, 6, 8, & 10, Persiaran Bercham Selatan 2,
31400 Ipoh, Perak
Tel: 05-548 0058, 05-548 0632, 05-548 2462, 05-546 8444, 05-546 8623,
05-548 3888 & 05-546 8140
Fax: 05-548 0333 & 05-547 3888

Ipoh Garden
133, 133A-D,
Jalan Dato` Lau Pak Khuan,
31400 Ipoh, Perak
Tel: 05-5480951 , 05-5480952
Fax: 05-5480958

Ipoh Main Office
7 – 13, Jalan Dato` Maharajalela,
30000 Ipoh, Perak
Tel: 05-2530115 , 05-2531034
Fax: 05-2535505

Jalan Sultan Idris Shah
76, Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh, Perak
Tel: 05-2551068 , 05-2551069
Fax: 05-2556555

Jalan Yang Kalsom
46-54, Jalan Yang Kalsom
30250 Ipoh, Perak
Tel: 05-2531998 , 05-2531514
Fax: 05-2535528 , 05-2558430

Sunday, August 22, 2010

Dinar: Tiada masalah jika rakyat Kelantan setuju


Written by Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat, tiada masalah jika kerajaan Kelatan mahu menggunakan dinar emas dan dirham perak sesama rakyat negeri itu.

Menurutnya selagi rakyat negeri itu bersetuju menggunakan dinar dan dirham sebagai alat pertukaran, maka tidak timbul sebarang masalah.

"Undang-undang kata Bank Negara sahaja yang dibenarkan kerajaan persekutuan, keluarkan wang sebagai mata wang.

"Kalau nak ganti itu memang salah, tetapi kalau nak guna sesama dia tidak salah saya rasa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di satu majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur hari ini.

Tambah beliau lagi, kejayaan penggunaan dinar dan dirham bergantung kepada keyakinan masyarakat terhadap wang berkenaan.

Berucap sebelum itu, beliau juga berkata, kerajaan Kelantan bagaimanapun mesti memberi penerangan secara meluas agar rakyat negeri itu itu keliru dengan nilai dinar dan dirham tersebut.

"Tapi nak guna dirham untuk seluruh negara tak bolehlah. Kerajaan Kelantan tak ada kuasa di bawah undang-undang.

Katanya lagi, kerajaan negeri juga tidak boleh dipersalahkan sekiranya masyarakat tidak mahu menggunakan dinar dan dirham tersebut.

Turut berucap di majlis anjuran Persatuan Anak Darul Naim Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERSADA) itu ialah exco kanan kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa.

Husam berkata, dinar adalah bersifat pelengkap kepada ringgit dan kedua-duanya boleh digunakan.

Alasan tidak munasabah

Beliau turut membidas pihak yang yang mendakwa mengguna dinar akan merugikan kerana mudah dipalsukan dengan menganggap alasan tersebut tidak munasabah.

"Ringgit pun boleh dipalsukan, tapi bank negara boleh membezakan yang tulen dan palsu.

"Dinar pun ada alat yang boleh bezakan yang tulen atau palsu.

Selain itu dinar jelasnya lebih stabil kerana ianya aset yang sentiasa berkembang dan harganya meningkat mengikut masa berbanding mata wang dunia.

"Kalau judi bola boleh dihalalkan, tapi hairan kenapa tak boleh iktiraf dinar dan dirham," katanya

sumber: Harakah daily

Thursday, May 27, 2010

Ingin Simpan Emas Secara Halal?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


Bagi peminat fizikal emas yang berhasrat membuat simpanan masa hadapan di dalam bentuk fizikal emas secara halal, Alhamadulillah kali ini mereka telah mempunyai jalan. Sebuah bank Islam dengan jayanya telah berjaya melancarkan Akaun simpanan dan pelaburan emas mereka yang telah juga disahkan dari sudut kontrak dan operasinya mematuhi hukum Shariah.

Akaun ini sesungguhnya boleh berfungsi sebagai simpanan untuk masa hadapan atau juga pelaburan di waktu memerlukan. Ia amat baik khususnya bagi mereka yang ingin menjauhkan diri dari masalah turun naik nilai matawang kertas. Namun begitu, perlu difahami, harga dan nilai emas juga boleh turun naik, cuma ia tidaklah sebegitu bermasalah seperti matawang kertas.

Kalau sebelum ini, mereka yang mengambil berat akan hukum Shariah, berada di dalam dilemma kerana hanya mempunyai pilihan akaun emas yang di punyai oleh Public Bank dan Maybank, yang mana kedua-duanya di bawah pengurusan konvensional tanpa kelulusan mana-mana majlis Shariah. Selain dari kedua-dua itu, hampir semua akaun dan pelaburan emas yang lain hanya dilaksanakan oleh syarikat persendirian yang sebahagiannya tidak dapat dipastikan tahap keselamatan dan kesahihan syarikat terbabit.

Saya telah menulis berkenaan akaun emas Public Bank & Maybank di sini .

Namun kali ini, saya kira, perbankan Islam di Malaysia melalui Kuwait Finance House telah dengan jayanya mengubat kekosongan tersebut. Melalui akaun terbabit, pelanggan boleh membeli emas fizikal, dan boleh menyimpan atau terus mengambil sendiri fizikal emas.

GAMBAR : Emas yang digunakan oleh KFH untuk akaun ini

Perlu diingat, segala pertimbangan dan kira-kira untung rugi perlulah dikaji dan diambil kira sebelum membuka akaun ini. Tulisan saya hanyalah mencadangkan akaun apabila DI LIHAT DARI SUDUT HUKUM SHARIAH sahaja dan bukan dari sudut kebolehuntungan dan pertimbangan kira-kira kewangan, kerana di Malaysia, sebarang nasihat dalam hal kebolehuntungan produk kewangan dan sepertinya memerlukan individu terbabit mempunyai lesen khas perunding kewangan.

Berikut adalah perbezaanntya dengan Akaun Emas Maybank dan Public Bank



Berikut adalah info lanjut berkenaan AKAUN EMAS oleh Kuwait Finance House Malaysia Berhad.



Product Features and Benefits

What is the Shariah Concept used?

The Shariah concept used are Ba'i As-Sarf and Qardh Hasan. Ba'i As-Sarf refers to the exchange ot one monetary form for another in the same or different form i.e. gold for gold coins, silver for silver, silver for gold etc. Qardh refers to benevolent loan whereby the Bank as the borrower only required to repay the principal borrowed

1.Own and trade in Gold without the necessity to hold on to the physical commodity
Make the most of commodity price fluctuations with the peace of mind that you have the option to not hold on to the physical commodity.
2.Ease of purchase
Deposit or purchase can be arranged via a direct debit transaction from your KFH Savings Account-i or KFH Current Account-i.
3.Affordable initial deposit
Open an account with an initial deposit or purchase of 10 grams of Gold.
4.Withdrawal or sell at the Bank's purchase price of gold
The amount of withdrawal is equivalent to the amount of gold sold based on the Bank's buying price for gold.
5.Physical gold withdrawal can be made in the following denominations : 1,5,10 and 50 grams

Eligibility

Personal Account holders must be 18 years, or above.
Non-personal account holders such as companies, associations, clubs, societies, professionals and government agencies.
Minimum deposit:
Personal Account Holders
Initial deposit, or purchase of 10 grams of Gold, with subsequent purchase or deposit of 5 grams each. (Deposit or purchase can only be in multiples of 1 gram)
Non- Personal Account Holders
Initial deposit, or purchase of 50 grams of Gold, with subsequent purchase or deposit of 5 grams each. (Deposit or purchase can only be in multiples of 1 gram)

Saturday, May 15, 2010

Gold ATM

Mesin keluar kepingan emas

SEORANG lelaki mencuba mesin yang mengeluarkan kepingan emas di Hotel Emirates Palace, Abu Dhabi kelmarin.
________________________________________


DUBAI - Sebuah hotel mewah di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memasang sebuah mesin yang mengeluarkan kepingan emas tulen.
Mesin itu diletakkan di bawah siling di Hotel Emirates Palace, Abu Dhabi yang merupakan tempat golongan diraja dan bilionair menginap.

KEPINGAN emas yang dikeluarkan mesin di Hotel Emirates Palace, Abu Dhabi.
________________________________________

"Sebab utama kami memilih hotel ini kerana ia sesuai dengan keadaan sekeliling hotel berkenaan," kata seorang usahawan Jerman, Thomas Geissler yang mencipta jenama emas Gold to Go untuk mesin berkenaan.
Bahagian luar mesin tersebut disalut dengan lapisan emas dan mesin itu menawarkan 320 barangan untuk pelanggan seperti kepingan emas seberat 10 gram dan syiling emas. - Reuters

sumber : Kosmo Online

Friday, April 9, 2010

Public Gold tawar pelaburan jongkong perak


2010/04/09
PUBLIC Fine Gold International Sdn Bhd (Public Gold) menerusi anak syarikat milik penuhnya Public Jewellery mengorak langkah dengan menawarkan pelaburan dalam bentuk jongkong perak sebagai tambahan kepada jongkong emas yang diperkenalkan sebelum ini.

Pengerusi Eksekutif Public Gold, Louis Ng, berkata jongkong perak diperkenalkan mulai Februari lalu dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan yang berminat menjadikannya sebagai satu bentuk pelaburan yang mudah dan selamat.

Sebelum ini, syarikat menawarkan emas fizikal dalam bentuk jongkong emas, syiling emas dengan ketulenan 999.9 serta dinar emas dengan ketulenan 916.


Beliau berkata, pelaburan jongkong perak diyakini mempunyai masa depan cerah dan harganya juga dijangka meningkat sama seperti pelaburan emas kerana perak semakin sukar didapati di pasaran ketika ini.

sumber: MyMetro

Monday, March 29, 2010

Bertan-tan emas tersembunyi


Geseran kerak bumi adalah antara pencetus fenomena gold rush. Ia boleh berlaku di pelbagai lokasi pada bila-bila masa kerana proses pemineralan sentiasa aktif.
Pagi Rabu itu, Sulaiman Tujuling, 76, pantas menghirup kopi O panas bersama isterinya, Halimah Amri, 73. Usai mengalas perut, pasangan tersebut mencapai kuali dan peralatan lain untuk ke pantai. Mungkin janggal jika diperhatikan pada kelengkapan yang digalas dengan destinasi yang hendak dituju.
Apa yang menanti mereka di Kampung Sri Pantai, Mersing, Johor sebenarnya jauh menandingi keseronokan bermandi-manda. Pasangan ini hendak mendulang emas!
Cubaan pertama mendulang di lokasi baru itu bukan sahaja mencatat sejarah tersendiri bagi Sulaiman dan Halimah, malah 'pesta mendulang' di situ sudah bermula mendahului sarapan mereka tadi.


SEBAHAGIAN daripada ‘kegilaan’ mendulang emas di Kampung Sri Pantai, Mersing, Johor yang dirakamkan dua tahun lalu.
________________________________________


"Saya mendulang sejak tahun 1957 tetapi ini kali pertama kami mendapat emas yang banyak. Biasanya kami mendulang di Teluk Iskandar tetapi tak sangka, percubaan kami di tempat baru ini dianugerahkan rezeki yang melimpah ruah.
"Seharian di pantai, kami memperoleh kira-kira 12 gram emas dan apabila dijual, kami mendapat RM800," katanya.
Kisah 'durian runtuh' Sulaiman dan isterinya pantas tersebar ke seluruh negara dan menarik minat luar biasa orang ramai untuk datang mendulang di situ.
Buktinya, jika sebelum ini nama Kampung Sri Pantai hanya terkenal di kalangan penduduk setempat, kini masyarakat luar bukan sahaja bercerita malah berpusu-pusu ke kawasan tersebut untuk mendulang emas.
Bagi suri rumah, Halimah Sidin, 56, dia sanggup datang dari Minyak Beku, Batu Pahat untuk bersama ribuan pendulang lain mencuba nasib.
"Saya datang bersama seorang anak dan dua cucu. Kami membawa tiga kuali dari rumah dan sanggup berembun mendulang dimulai tengah malam sehingga air pasang keesokannya.
"Ini kali pertama saya datang mendulang. Semalam saya cuma dapat beberapa gram, itu yang membuatkan kami berkhemah di sini dan terus mendulang dengan harapan untuk dapat lebih banyak emas," katanya.
Biarpun fenomena emas 'timbul' jarang berlaku dan hasil yang dijanjikan tidak menentu, ia tidak melemahkan semangat orang ramai untuk turun mendulang di situ.


EMAS sentiasa dalam senarai teratas komoditi yang mahu dimiliki manusia kerana nilainya tinggi dan kalis inflasi.
________________________________________

Menjelang hujung minggu, keadaan lebih meriah malah ramai yang sanggup mendirikan khemah dan menjadikan kenderaan sebagai tempat untuk melelapkan mata setelah seharian mendulang emas.
Sekalipun sudah hampir dua tahun berlalu, pesta mendulang di Mersing mungkin akan berlaku lagi selepas ini tetapi kali ini lokasinya belum dapat dipastikan.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Datuk Yunus Abdul Razak, kejadian yang dikenali sebagai gold rush itu boleh berlaku pada bila-bila masa dan lokasinya juga pelbagai kerana proses pemineralan boleh berlaku di mana-mana.
"Sebelum ini gold rush juga pernah dilaporkan di Lubuk Mandi, Rusila, Marang, Setiu dan Mersing. Emas yang ditemui itu terhasil daripada geseran yang berlaku di kerak bumi menyebabkan emas yang selama ini 'tersimpan' terangkat ke permukaan bumi," katanya.
Yunus memberitahu, kejadian yang membuka peluang kepada ribuan pendulang itu bagaimanapun tidak sesuai untuk dijadikan lokasi perlombongan sistematik.
"Atas ihsan kerajaan negeri, orang ramai boleh mendulang sehingga JMG mengeluarkan arahan pemberhentian atas faktor keselamatan," kata beliau yang ditemui Jurnal baru-baru ini.

Bekalan belum susut
Ramai beranggapan aktiviti perlombongan tidak lagi produktif dan tumpuan masa kini lebih terarah kepada sektor industri pembuatan, bioteknologi dan pertanian.



BERDASARKAN statistik tahun 2007, pengeluaran emas di Kelantan adalah sebanyak 80,151 gram (g), sementara di Pahang pula berjumlah 2,832,489g.
________________________________________


Bagi sesetengah orang, mereka percaya bekalan emas negara semakin menyusut dan aktiviti melombong sudah tidak relevan lagi.
Bagaimanapun, tanggapan itu kurang tepat. Kandungan logam kuning berkilauan tersebut masih ada. Malah menurut Buku Laporan Mineral Malaysia 2007, bekalan rizab emas semasa dalam negara ialah 106 juta tan metrik.
"Namun, angka tepat mengenai bekalan emas tidak dapat dinyatakan kerana ia bergantung kepada pengeluaran dan penemuan terbaru emas.
"Setiap kali cari gali berjaya menemukan emas, angka pastinya bertambah, tetapi apabila ia dikeluarkan, angka akan menyusut. Trend tolak tambah inilah yang mempengaruhi berapa banyak emas yang kita ada," katanya.
Tambah Yunus, walaupun pengeluarannya menunjukkan trend penurunan dari tahun ke tahun, keadaan ini masih mampu memberi pulangan kepada syarikat perlombongan.
"Pada tahun 2006, sebanyak 3.49 tan metrik telah dikeluarkan dan pada tahun 2007, jumlah menurun kepada 2.91 tan. Bagi tahun 2008, dianggarkan 2.75 tan telah dihasilkan," katanya yang menyatakan bahawa lombong emas boleh digali berulang kali bagi mendapatkan emas.
Dengan menggunakan teknik leburan atau semburan air, pelombong sudah boleh mengeluarkan butiran atau serbuk emas yang satu masa dulu tidak dapat dikeluarkan.
"Secara tidak langsung, lombong yang sudah dikenal pasti lokasi cari gali emas boleh diterokai semula bagi mendapatkan logam emas," jelas beliau.


RIBUAN manusia bertumpu ke Lubuk Mandi, Marang, Terengganu untuk mengintai peluang mendulang emas ketika berita penemuan logam berharga itu mula tersebar pada tahun 1988.
________________________________________


Terdapat 11 lombong emas yang masih aktif beroperasi di Malaysia. Yunus memberitahu, lombong Penjom di Kuala Lipis antara yang paling aktif di mana ia mampu mengeluarkan 95 peratus daripada hasil emas negara.
"Ada lima lombong yang beroperasi di Kelantan dan enam beroperasi di Pahang. Setiap tahun, bilangan lombong ini tidak tetap dan boleh kurang atau bertambah, bergantung kepada kos melombong, harga emas dan permintaan.
"Sungguhpun negara mampu mengeluarkan lebih daripada dua juta tan setahun, ia jauh daripada mencukupi bagi menampung keperluan dalam negara," tambah Yunus.

Keselamatan ketika melombong
Baru-baru ini, penduduk Kampung Bukit Koman, Raub, Pahang gagal mendapatkan kebenaran bagi semakan penghakiman untuk menghentikan projek melombong emas di kampung tersebut yang bermula pada Februari tahun ini.
Sebelum itu, mereka mendakwa ada penduduk yang mengalami masalah kesihatan berpunca daripada penggunaan bahan kimia sianida di projek lombong emas berkenaan.


FENOMENA gold rush turut menarik minat Halimah Sidin, 56, untuk mendulang emas di Kampung Sri Pantai, Mersing, Johor, dua tahun lalu.
________________________________________

Mengupas isu keselamatan di lombong emas dan kawasan persekitaran, Yunus memberitahu, aspek tersebut tidak dipernah dipandang remeh.
"Teknik dan cara perlombongan yang dilakukan di Malaysia merupakan cara galian terbaik yang turut dipraktikkan di negara-negara lain. Malah, bagi memastikan syarikat mematuhi piawaian itu, pemeriksaan berkala akan dijalankan ke setiap lombong," terang beliau.
Bahkan, untuk melahirkan industri perlombongan mapan, pengusaha lombong diarahkan untuk membuat pemantauan sendiri di mana mereka perlu mengambil contoh air, asap, tanah dan sebagainya untuk diuji serta dianalisis di makmal. JMG juga akan menjalankan rutin yang sama terhadap lombong tersebut.
"Daripada keputusan yang dikemukakan pihak pelombong dan keputusan yang kita peroleh, perbandingan akan dilakukan. Jika ada percanggahan dengan peraturan yang ditetapkan, teguran dan arahan penambahbaikan akan berikan," jelas beliau.
Walaupun ada aktiviti melombong menggunakan kimia dan teknik peleburan yang mungkin mendatangkan rasa bimbang di kalangan masyarakat setempat, Yunus memberitahu, aspek keselamatan yang tinggi dalam industri perlombongan mampu menyerap semua risiko dan kebarangkalian masyarakat berdepan risiko mungkin amat tipis.
"Kerja melombong mungkin dilihat berbahaya, namun risiko itu terlebih dahulu 'diserap' oleh lombong itu sendiri sebelum ia merebak keluar," katanya

sumber : Kosmo

Wednesday, February 17, 2010

Pintu Emas Kaabah

Pembuat Pintu Emas Kaabah Meninggal
Isnin November 9, 2009

Ahmad menghasilkan pintu Kaaba menggunakan emas tulen seberat 300 kg atas perintah Raja Khaled pada Oktober 1979. -Foto BERNAMA

SHEIKH Ahmad bin Ibrahim Badr, tukang utama yang mereka bentuk pintu emas Kaabah, meninggal dunia pada usia 89 tahun di Makkah Jumaat lepas, demikian harian Arab Saudi berbahasa Inggeris, The Arab News melaporkan pada Ahad.

Ahmad menghasilkan pintu Kaabah menggunakan emas tulen seberat 300 kg atas perintah Raja Khaled pada Oktober 1979.

Kerja-kerja itu dijalankan di sebuah bengkel yang dibina khusus untuk projek berkenaan. Beliau juga memperkemas dan memperindahkan lagi meezab (saluran air di atas Kaabah) dan rangka perak Hajar Aswad.

Beliau mempelajari seni berkenaan daripada bapanya, pereka dan pembina asal pintu berkenaan atas perintah Raja Abdul Aziz pada 1942, lapor akhbar itu.

Ibrahim dan dua saudaranya, Mahmoud dan Ibrahim Badr, mengacu pintu berkenaan dengan emas tulen, mengambil masa setahun menyiapkannya.

Tiang dalam dan meezab, dibuat daripada emas 24karat seberat 25 kg juga disiapkan dalam tempoh berkenaan.


Ayat al-Quran "Ya Hayy Ya Qayyum" (Wahai yang Maha Hidup, Maha Mendengar) dan perkataan "Allah" dan "Muhammad" diukir pada pintu.

Ayat al-Quran "Ya Hayy Ya Qayyum" (Wahai yang Maha Hidup, Maha Mendengar) dan perkataan "Allah" dan "Muhammad" diukir pada pintu. Kerja-kerja mereka termasuk rangka perak Hajar Aswad, lapor akhbar itu.

Ahmad dilahirkan di kampung halaman datuk neneknya di permukiman Qashashiya di Makkah pada 1920. Selepas belajar di sekolah alFalah tempatan beliau menyertai bapanya di bengkel emas dan perak pada usia 15 tahun.

Ahmad telah bekerja di kedai bapanya "Sheikh Ibrahim Badr" di Goldsmiths' Street sepanjang hidupnya.

Beliau lahir dalam keluarga pertukangan seni yang terkenal dengan kehalusan kerjatangan emas yang ekskuisit, kata akhbar itu. BERNAMA





sumber : Mstar

Wednesday, February 10, 2010

Matawang Emas

Selepas membaca apa yg ditulis oleh ust Zaharuddin, membuat saya terkedu seketika........terlalu banyak rupanya kejahilanku ini!

Punca Gawat & Matawang Emas Akan Gagal Jika
- Kembalikan Fungsi Asal Matawang -
- Pemain forex pemusnah system matawang -
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Tidak dinafikan sistem kewangan Islam yang wujud hari ini masih banyak kelemahan dan kekurangannya. Dari pelbagai jenis sudut, sama ada dari sudut rangka kewangan dunia yang mencengkam, sistem perundangan yang banyak kalanya tidak bersedia dan tidak menepati, pemegang saham perbankan Islam yang ‘tidak' ihsan serta terlalu mengejar keuntungan, sistem perkomputeran dan pengiraan yang masih lagi ‘terpaksa' mengikut rentak majoriti yang konvensional, produk perbankan Islam yang masih terbawa-bawa kehendak pelanggan berminda konvensional, pelanggan yang terlalu ‘demand' kesempurnaan pada praktis perbankan Islam tetapi diri sendiri terlalu jahil tentang Fiqh Muamalat dan kewangan moden hingga akhirnya menjadi racun kepada umat Islam, sistem matawang fiat yang direka, dicipta dan diatur tidak dengan cara yang betul dan panjang lagi senarainya jika ingin saya kongsikan di sini.
Dari senarai panjang tersebut, hanya satu yang ingin dikongsikan bersama dalam tulisan ringkas padat ini. Iaitu topik berkaitan sistem pengendalian matawang yang menyukarkan perubahan untuk melahirkan system kewangan Islam yang terbaik. Kesalahan pengendalian dan regulasi matawang hari ini telah diakui oleh begitu ramai pakar dari kalangan Muslim dan bukan Islam sebagai salah satu punca berlakunya kegawatan demi kegawatan.
Di dalam Forum Kewangan Dunia di Geneva 2010, baru-baru ini, Pengerusi Majlis Syariah Kesatuan Kewangan Islam Sedunia (AAOIFI) yang juga Naib Presiden Darul Uloom, Karachi, Syeikh Mufti Taqi Uthamni telah berusaha berkongsi pandangan sebagai mewakili majoriti besar ulama dan ahli ekonomi Islam berkenaan system matawang.
Beliau cuba membawa menyedarkan pemimpin-pemimpin Negara maju untuk membuat satu perubahan radikal jika benar-benar ingin mengelakkan berulangnya ‘serangan' kejatuhan ekonomi di masa akan datang. Sesuai dengan tema program tersebut yang cuba mencari punca dan penyelesaian bagi kegawatan ekonomi baru-baru ini.
Benar, di waktu dan ketika ini, yang praktikal adalah dengan cuba meyakinkan pemimpin Negara maju ini untuk berubah, itu adalah salah satu cara terbaik untuk mempengaruhi sistem besar kewangan dunia untuk berubah dan dibaikpulih sedikit demi sedikit. Memang kita boleh menunjuk ‘lagak' untuk mempertikai itu dan ini dan mengkritik system kewangan Islam dengan pelbagai tuduhan keras selagi menumpang di atas sistem kewangan konvensional dan menggunapakai matawang fiat kertas.
Namun pandangan ideal semata-mata yang tidak menjejak di bumi pasti akan gagal menyakinkan pemimpin Negara maju untuk berubah, lalu ia akan kekal menjadi mimpi dan idaman sahaja.
Atas dasar itu, kita bersyukur dan berterima kasih atas usaha Syeikh Taqi Uthmani yang amat cemerlang. Beliau mengusulkan idea perubahan praktikal yang mesti dilakukan oleh dunia bagi menghasilkan sesebuah sistem kewangan yang lebih dinamik dan selamat di masa akan datang.
Salah satu cadangannya patut difahami sebaiknya oleh kita semua, selaku umat Islam sendiri. Kerana bagaimanakah boleh kita mengharapkan perubahan hanya dari minda dan tangan pemimpin barat sedang kita sendiri tidak faham apa yang sepatut dan yang tidak. Justeru, di kesempatan ini saya ingin menegaskan satu perkara sahaja.
Tanpa niat untuk mengulas secara mendalam perihal matawang emas dan praktikalitinya di dunia moden, sebenarnya ada satu isu yang lebih basic dari isu tersebut, yang tanpa memahaminya, matawang dinar emas ( jika mampu dilaksana) juga akan tetap gagal dalam membentuk sebuah sistem ekonomi yang Islamik dan stabil. Ia adalah isu kemestian untuk mengembalikan fungsi matawang dalam Islam.
KEMBALIKAN FUNGSI ASAL MATAWANG
Imam Abu Hamid Al-Ghazali sejak 900 tahun dahulu telah menegaskan fungsi asal dan asas bagi matawang menurut perspektif Islam. Beliau berkata
"Penciptaaan dirham dan dinar ( matawang emas dan perak) adalah benar-benar satu rahmat dari Allah ta'ala, kedua-duanya pada hakikatnya tiada nilai tersendiri yang boleh dimanfaatkan oleh manusia ( seperti untuk makan dan minum), tetapi akhirnya semua manusia memerlukannya disebabkan semua manusia memerlukan nilai suatu komoditi (barang) untuk ditukarkan bagi mendapatkan keperluan asasi makanan dan pakaiannya. Atas sebab itu, transaksi yang melibatkan pertukaran barangan antara satu sama lain tidak dapat dielakkan, Namun masalahnya, bagaimana untuk diukur nilai sesebuah barang dan ditetapkan harganya? Justeru keperluan itu, semua barangan keperluan ini memerlukan satu barang perantaraan yang boleh menjadi ukur rujuk bagi nilai. Maka itulah gunanya dinar dan dirham ini (wang emas dan perak), kedua-dua logam berharga itu akan menjadi ukuran nilai sesuatu barangan lain kerana KEDUANYA TIDAK MENJADI OBJEKTIF jual beli, ia hanya menjadi perantaraan, jika kedua menjadi OBJEKTIF seluruh system ekwangan akan ROSAK DAN TERGANGGU. Kerana itulah Allah menciptakannya, melalui perantaraannya, pertukaran barangan keperluan yang menjadi sasaran dan objektif jual beli akan terjamin keadilannya."

Dari penerangan Imam Al-Ghazzali ini, jelas pendirian ekonomi Islam berkenaan matawang tidak kira ia dari jenis emas, perak atau kertas fiat adalah:-

a) Matawang mestilah hanya sebagai perantara bagi tranksaksi jualbeli komoditi sebenar sahaja dan ia sendiri BUKAN komoditi.

b) Matawang mesti menjadi panduan ukuran nilai sesuatu barang keperluan.

Kedua-dua syarat di atas saling berkait, tanpa salah satu, ia akan gagal menjadi matawang yang dikehendaki oleh Islam.

Ini juga konsep yang telah diakui tepat oleh para ahli ekonomi seluruh dunia, khususnya Muslim economist. Malangnya, di ketika ahli cerdik pandai ini menyarankan dan mengakuinya, pemimpin politik dan taikon kewangan dan regulator badan utama kewangan dunia tidak mahu menerima pakai cadangan dan pandangan tersebut, ia tidak lain adalah akibat ketamakan melampau puak korporat dan politik ini.

Kesannya, hari ini matawang selain dijadikan sandaran nilai dan medium perantara jualbeli, ia sendiri telah dijadikan sebagai KOMODITI yang juga barang yang dijual dan dibeli.

Dalam bahasa mudahnya, emas dan matawang sendiri dijadikan sebagai objektif dalam sesuatu transaksi jualbeli, ia sepatutnya hanya menjadi perantara namun kini, fungsinya telah disalahgunakan sehingga menjadi barang jualan dan akhirnya menyebabkan nilainya tidak lagi stabil (fluctuate). Ini mencacatkan fungsinya yang sepatutnya dijadikan sandaran atau ukuran bagi nilai komoditi lain.

Matawang yang dijadikan sandaran nilai sepatutnya mempunyai nilai yang hampir tetap, tidak terlalu banyak berubah dan bergerak. Hanya dengan itu, inflasi dapat dikawal dan jualbeli menjadi stabil dan keadilan tersebar.

Namun apabila matawang hari ini di jadikan komoditi, nilai sendiri tidak terkawal. Selain melihat nilai matawang kertas, cuba lihat juga nilai emas hari ini, bukankah ia juga turun naik dengan agak kerap..itu tanda emas yang wujud hari ini diperlakukan secara salah oleh manusia.

Atas sebab itu, hatta jika hari ini kita sibuk menginginkan emas untuk dijadikan matawang, namun dengan sikap dan attitude yang menggangap matawang sebagai komoditi, emas dan perak itu sendri pun akan gagal berfungsi sebagai matawang yang diinginkan oleh Islam.

Sebab itulah, perlu difahami, kejayaan menjadikan emas sebagai matawang belum boleh dianggap satu kejayaan mengislamkan ekonomi sama sekali, malah masih amat jauh. Malah, apa yang lebih perlu diperbetulkan adalah sikap, kefahaman dan system regulasi kewangan dunia hari ini.

Sistem matawang emas dan perak ini pun bukanlah diperkenalkan oleh Rasulullah, malah ia telah wujud sebelum dari kebangkitan Rasulullah. Islam menerima pakai dua logam berharga itu sebagai matawang dan hanya mampu di "ISLAMKAN' apabila syarat-syarat urusniaga matawang yang digariskan oleh baginda Nabi DIPENUHI. Justeru, hanya memperjuangkan matawang emas bukan segala-galanya bagi sebuah ekonomi dan kewangan Islam.

Justeru, janganlah ada yang menyangka bahawa sistem kewangan Islam akan hanya menjadi benar-benar Islam apabila menggunakan emas dan perak sebagai matawang. Tidak semudah itu. Malah dengan fiat money ini juga sistem kewangan Islam mampu dicapai jika regulasi dan pengurusan matawang berjaya direfomasikan kepada cara yang betul, sama ada cara ia dikeluarkan, edaran, kawalan dan penggunaannya.

MENYEDIHKAN BILA EMAS DIJADIKAN ALAT PELABURAN

Lebih menyedihkan, di ketika laungan dan desakan untuk mengembalikan emas dan perak sebagai matawang dipukul canang oleh sebahagian umat Islam, individu yang sama juga kelihatan sibuk memperdagangkan emas dan menjadikannya sebagai sebagai bahan pelaburan. Mereka sibuk membeli emas dalam bentuk jongkong yang dijual oleh Public Bank, Maybank melalui akaun pelaburan emasnya, atau melalui syarikat-syarikat lain untuk disimpan dan kemudian dijual bagi memperolehi untung atas perbezaaan hari ini dan masa hadapan. Kemudian mereka menggembar-gemburkan kononnya melabur dalam emas adalah Islamik dan menepati Islam.

Hakikatnya itu adalah dakwaan terseleweng mereka, ia tersasar dari falsafah matawang yang digariskan oleh Imam Al-Ghazzali, dan majority ilmuan Islam.

Memang benar, walaupun secara kontraknya jual beli mereka adalah sah apabila menepati syarat serah terima pada satu masa dan sama timbangannya (Yadan bi Yadin mithlan bi mihtlin), tetapi hakikatnya tindakan itu tersasar dari Maqasid al-Shariah kepada penciptaan emas dan perak itu sendiri.
Malah jika benar-benar satu hari kelak emas dijadikan matawang, individu sebegini yang akan merosakkan sistem kewangan Islam di ketika itu. Mengapa? Kerana mereka terlibat dalam mengubah fungsi emas dan perak yang sepatutnya menjadi matawang kepada komoditi dan objektif untuk membuat untung atas perubahan nilai. Selagi mereka melaksanakan kerja itu, selagi itulah emas juga TIDAK SESUAI dijadikan matawang. Kelak nanti syiling-syiling matawang emas semuanya disimpan dan disorokkan dari gunapakai, kerana ingin menunggu nilainya menaik. Tatkala itu ia akan tergolong dalam erti ihtikar yang diharamkan.!

Perlu difahami, emas yang sudah dibentuk menjadi perhiasan seperti gelang, rantai, cincin dan sepertinya tidak dilarang untuk dijadikan komoditi atas sifatnya yang telah bercampur dengan skill pembuatan dan ditokok tambah pula dengan batu permata dan sebagainya. Tatkala itu, barulah boleh diambil untung atas jualannya.

BAGAIMANA KONTEKS HARI INI MATAWANG KERTAS?

Disebabkan matawang emas masih tidak wujud di ketika ini, maka bagi memastikan sistem kewangan lebih stabil dan selamat pada pandangan Islam, maka apa sahaja yang menjadi galang ganti kepada matawang emas dan perak juga TURUT WAJIB DIKENDALI SESUAI SEBAGAI MATAWANG BUKAN KOMODITI.

Kesatuan Fiqh Islam sedunia, akur kepada system kewangan dunia yang dipegang oleh bukan Islam, mereka mengatur dan menjadikan kertas sebagai matawang. Maka atas dasar hajiat, ulama sedunia bersama pakar ekonomi Islam membuat keputusan keharusan untuk mengunnapakai matawang kertas namun mestilah diuruskan menepati cara urusan emas dan perak.Iaitu dari sudut hukumnya dan juga cara pengendaliannya sebagai matawang, iaitu tidak harus dijadikan komoditi.

Atas sebab itu, forex trading walaupun dibuat spot tetapi untuk mengabil untung atas perbezaan nilai matawang, adalah juga HARAM di dalam Islam kerana ia lebih kepada spekulasi dan perjudian. Di samping isu-isu lain seperti gharar dan keterlibatan riba dalam leverage. Apapun, yang pasti perniagaan forex trading wang kertas pelbagai Negara adalah untuk menraih untung atas perbezaaan nilai matwang adalah HARAM kerana ia adalah judi dan penyebab mudarat kepada system ekonomi dunia dan penyumbang kepada inflasi serta ketidakstabilan nilai matawang.

Bank-bank Islam di seluruh dunia juga dikawal selia oleh Majlis Syariah masing-masing agar tiada unsur spekulasi dalam setiap forex trading mereka. Hanya forex untuk tujuan lindung nilai ( hedging) sahaja dibenarkan. Itulah juga keputusan Majlis Shariah Bank Negara Malaysia. Forex trading untuk raih untung atas perbezaan nilai matwang tidak dibenarkan OLEH MAJORITI Majlis Syariah bank-bank Islam walaupun ia dibuat secara spot.

Hasilnya, kita perlu faham, matawang kertas (fiat money) yang wujud hari ini juga mestilah TIDAK dijadikan komoditi, sama seperti emas dan perak. Itulah yang diwarwarkan oleh Syeikh Taqi Uthmani semasa Forum Kewangan Dunia. Bagi mengurangkan masalah di dalam system ekonomi semasa. Sebagai jalan pertama untuk mewujudkan system ekonomi adil dan menepati Islam.

Malangnya dicelah-celah ketamakan manusia hari ini, matawang kertas fiat hari ini turut menjadi bahan sasaran dan objektif keuntungan. Bukan sahaja bank-bank terlibat, malah ramai individu juga rambang mata berniaga FOREX melalui platform internet, Walau ia ditegah oleh kerajaan, semuanya tidak diendah lagi.

Mereka membeli matawang sesebuah Negara (Euro sebagai contoh) untuk disimpan sebagai pelaburan bagi menunggu nilainya menaik untuk dijual kembali di pasaran. Inilah punca dan penyebab kelam kabut ekonomi dunia. Sama ada ia dilakukan oleh industri perbankan atau individu. Kesemuanya BERDOSA. Imam Al-Ghazzali berkata :

"Jadinya, barangsiapa yang memulakan berjualbeli matawang (untuk mendapat keuntungan perbezaan nilai), tindakannya sendiri telah BERCANGGAH dengan objktif asal penciptaan matawang,... jika dibenarkan mereka berbuat demikian, kelak matawang itu sendiri akan menjadi tumpuan dan objektif lalu akan bermulalah perbuatan ihtikar (hoarding) = simpan untuk tunggu naik harga dan jual" [1]

Falsafah larangan dan objktif ini dijelaskan oleh Syeikh Taqi uthmani dapat dilihat dengan jelas dari pengharaman riba dan penghalalan jual beli sebagai ganti kaedah untuk mendapat untung.

PENYELESAIAN TEPAT DAN TIDAK PELIK

Sebenarnya cadangan ini tidaklah ganjil dan pelik, malah ia juga telah dicadang oleh ramai pakar ekonomi termasuk yang bukan beragama Islam. Contohnya selepas berlakunya kegawatan pada tahun 1930 an, ‘Economic Crisis Committee' telah dibentuk oleh Southampton Chamber of Commerce, selepas perbincangan dan diskusi mendalam mereka menyatakan:

"In order to ensure that money performs its true function of operating as a means of exchange and distribution, it is desirable that it should cease to be traded as a commodity."[2]

Malah suatu percubaan praktikal telah dicuba dan didedahkan oleh seorang ahli ekonomi bernama Margrit Kennedy di dalam bukunya bertajuk "Interest and Inflation Free Money." Beliau memaklumkan hasil percubaan pelaksanaan interest free model DAN MATAWANG TIDAK DIJADIKAN KOMODITI yang dilakukan di pekan kecil Austria pada tahun 1932- 1933, dia menyatakan :

"When over 300 communities in Austria began to be interested in adopting this model, the Austrian National Bank saw its own monopoly endangered. It intervened against the Town Council."[3]

Beliau juga bersama beberapa pakar ekonomi di USA telah berusaha bagi mencadangkan system alternative ini kepada kerajaan USA pada tahun 1933, tetapi semua cadangan mereka ditolak.

Syeikh Taqi menegaskan :

"In order to save the world from such evil consequences, trading in money itself should be stopped. Exchange of different currencies is, of course, inevitable for the purpose of international trade, for which one currency has to be sold for another currency, and a margin of profit for the seller may be inbuilt in the exchange rate. So far as these exchange transactions are carried out for the genuine purpose of cross border trade of real commodities, it cannot pose a problem. The problem arises when exchange of currencies is meant for speculative transactions in money itself. Unfortunately, majority of currency transactions carried out in the market are purely speculative. " [4]

Ertinya : "Bagi menyelamatkan dunia dari kesan buruk, penjualbelian matawang MESTI dihentikan, Namun begitu, pertukaran matawang berbeza adakalanya tidak dapat dielakkan bagi keperluan perdagangan antarabangsa, yang mana memerlukan pertukaran dan jualbeli matawang berbeza...dan margin keuntungan penjual mungkin telah dimasukkan dalam nilai tukaran. Biasanya pertukaran dari jenis ini yang didasari oleh tujuan-tujuan asas perdagangan komoditi sebenar, ia tidak banyak mengancam ekonomi. Masalah sebenar hanya berbangkit apabila pertukaran matawang dibuat bagi tujuan spekulasi dalam nilai matawang itu sendiri. Amat malang apabila didapati majority transaksi pertukaran matawang dibuat adalah atas dasar spekulasi tulen (judi).

Bayangkan, dengan jumlah global international trade pada tahun 2008 sekitar US$ 32 trillion, [5] iaitu purata US$88 billion setiap hari, mankala ‘daily turnover' bagi global foreign exchange markets pula dianggarkan pada nilai USD $ 3.98 trillion, [6] iaitu, 45 kali ganda lebih besar dari jumlah international trade. Ini bermakna hanya 2% daripada pertukaran matawang benar-benar didasari oleh permintaan sebenar oleh kerajaan dan peniga. Baki 98 % adalah dilakukan atas dasar spekulasi yang akhirnya menyebabkan inflasi di seluruh dunia dan menjadi salah satu punca ketidakstabilan ekonomi dunia dan kegawatan.

KESIMPULAN

• 1) Wajib mengembalikan fungsi matawang kepada asal iaitu penentu nilai barangan (komoditi) dan perantara kepada proses jualbeli komditi.
• 2) Tidak menjadikan matawang samada wang fiat atau emas dan perak sebagai komoditi kerana ia hanya akan merosakkan system nilai dan ekonomi serta menambah inflasi.
• 3) Haram hukumnya menyertai FOREX Trading melalui internet di peringkat individu kerana bercanggah dengan undang-undang negara dan banyak syubhatnya di sisi undang-undang Islam.
• 4) Setiap penasihat Syariah bank-bank Islam wajib menyemak kembali fatwa mereka (jika ada yang membenarkan) yang membenarkan bank seliaan mereka berniaga FOREX Trading walau mematuhi syarat serah terima sertamerta.
• 5) Kerajaan Malaysia amat patut mengenengahkan idea ini kedalam perbincangan ekonomi dengan Negara-negara maju di seluruh dunia. Saya yakin mereka sedar, hasil membenaRKAN matawang sebagai KOMODITI inilah yang menjadikan Malaysia sasaran George Soros pada tahun 1997. Tanyalah Dr Mahathir tentang hal ini.
• 6) PAS dan Pakatan Rakyat juga patut menjuarai isu ini di pentas nasional dan global. Jangan biarkan Syeikh Mufti Taqi Uthmani keseorangan dalam lontaran ideanya.
• 7) Kepada penyokong-penyokong matawang emas dinar, jangan anda terlibat dalam perdagangan emas jongkong sebagai komoditi kerana anda adalah punca kegagalan system itu diyakini oleh barat kerana nilainya juga turut akan menjadi fluctuate kerana anda.
• 8) forex YANG DIBENARKAN hanyalah a) Untuk lindung nilai (hedging) b) untuk tukar duit kerana urusan luar negara ( yang biasanya tukar di money exchange)c) forex tukaran matawang yang diperlukan kerana perdangangan komoditi di peringkat antarabangsa yang memerlukan penggunaan matawang berbeza.
• 9) FOREX trading untuk raih keuntungan yang dilakukan oleh individu sebenarnya kecil sekali berbanding FOREX yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia dan bank-bank Komersial. Kerajaan Malaysia sepatutnya MENIMBANG KEMBALI DASAR FOREX yang besar ini terlebih dahulu. Bukankah dahulu BNM pernah rugi berbillion ringgit akibatnya. Kesimpulannya kedua-dua Forex dari institusi dan perseorangan sama sekali tidak menepati Maqasid Shariah dan merosak fungsi matawang.
• 10) Sekadar menyimpan emas untuk diri sendiri di kemudian hari, tiada masalah di sisi Islam dan Maqasid Shariah. Apa yang saya sifatkan sebagai bermasalah dalam tulisan ini adalah yang simpan emas sekejap, kemudian jual, kemudian simpan balik, kemudian jual semula. Iaitu mereka yang menjadikan emas untuk trading secara kerap kerana meraih untung perbezaaan nilainya. Jadi, jangan salah faham tulisan ini sebagai in total melarang simpanan emas.


Terima kasih kepada sesiapa yang mampu membaca sehingga tamat artikel ini dan khususnya bagi mereka yang mampu memahami tulisan ini. Sampaikanlah ia kepada sesiapa yang mampu memgambil manfaat darinya.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

1 Februari 2010
[1] Al-Ghazali, Ihya'ul-uloom, v.4, p.348, Beirut 1997
[2] The Report of Economic Crisis Committee, Southampton Chamber of Commerce, 1933, part 3, (iii) para 2
[3] Margrit Kennedy: Interest and Inflation Free Money, p.39 Philadelphia 1995
[4] Uthmani, Muhammad Taqi (2010), Post-crisis reforms : Some points to ponder, World Economic Forum Values Report, Geneva, p. 51-57
[5] World Trade Organization. http;//stat.wto.org/statisticalprogramWSDBViewData.
aspx?Language=E
[6] http;//en.wikipedia.org/wiki/Foreign_exchange_market

Saturday, January 16, 2010

HUKUM ZAKAT EMAS YANG DIPAKAI SECARA BERLEBIHAN





HUKUM ZAKAT EMAS YANG DIPAKAI SECARA BERLEBIHAN
Oleh Syaikh Abdul Aziz bin Baz


Pertanyaan
Syaikh Abdul Aziz bin Baz ditanya : Ada sebagian wanita mengenakan emas secara berlebihan, sementara mengenakannya memang halal, lalu bagaimana hukum zakat emas bila demikian .?

Jawaban
Emas dan sutera dihalalkan bagi kaum wanita tapi tidak bagi kaum pria, sebagaimana disebutkan dalam riwayat dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, bahwa beliau bersabda.

"Artinya : Telah dihalalkan emas dan sutera bagi kaum wanita umatku, dan diharamkan bagi kaum pria"

Hadits ini dikeluarkan oleh Ahmad, An-Nasa'i dan At-Tirmidzi dan dishahihkannya, dari hadits Abu Musa bin Al-Ays'ari Radhiallahu 'anhuma.

Para ulama berbeda pendapat tentang zakat perhiasan, apakah wajib mengeluarkan zakat perhiasan atau tidak .? Sebagian ulama berpendapat bahwa emas harus dizakatkan kecuali emas yang digunakan untuk perhiasan, maka menurut mereka tidak ada kewajiban zakat pada emas perhiasan, baik yang dikenakan maupun yang disimpan.

Ulama lainnya berpendapat bahwa wajib zakat pada emas perhiasan, dan inilah pendapat yang benar, yaitu wajib zakat pada emas perhiasan jika telah mencapai nishab dan telah mencapai haul karena dalilnya yang bersifat umum.

Nisab emas adalah sembilan puluh dua gram, jika emas perhiasan telah mencapai sembilan puluh dua gram maka emas perhiasan itu wajib dizakati, dan zakatnya itu adalah dua setengah persennya pada setiap tahun. Jadi jika jumlah emas itu seribu gram maka yang dizakatkan adalah dua puluh lima gramnya setiap tahun.

Dan telah diriwayatkan dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, bahwa seorang wanita datang menemui beliau dan di tangan putrinya melingkar dua gelang emas, maka beliau bersabda.

"Artinya : Apakah engkau mengeluarkan zakat ini (gelang emas)?". wanita itu menjawab : "Tidak", maka beliau bersabda. : "Apakah engkau senang jika Allah melingkarkan gelang padamu di hari Kiamat dengan dua gelang yang terbuat dari api .?" Perawi hadits ini, yaitu Abdullah bin Amr bin Al-Ash Radhiallahu 'anhu berkata : Lalu wanita tersebut melepaskan kedua gelang itu dan memberikan kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam sambil berkata : "Kedua gelang ini untuk Allah dan Rasul-Nya". Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan An-Nasa'i dengan sanad yang Shahih.

Berkata Ummu Salamah Radhiallahu 'anha, ia seorang wanita yang menggunakan kalung emas. "Wahai Rasulullah, apakah ini simpanan yang terlarang ?" beliau menjawab :

"Artinya : Jika harta itu telah mencapai nishab dan haul untuk dikeluarkan zakatnya maka zakatilah, sebab itu bukan barang simpanan". Diriwayatkan oleh Abu Daud, Ad-Daruquthni dan dishahihkan oleh Al-Hakim.

Dan telah dikeluarkan oleh Abu Daud dari hadits Aisyah Radhiallahu 'anha dengan sanad yang shahih, ia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam datang menemuiku dan ditanganku terdapat perhiasan yang terbuat dari perak, maka beliau bersabda.

"Artinya : Apa ini wahai Aisyah ?" Aku menjawab : "Aku membuatnya sendiri agar aku berhias untukmu wahai Rasulullah", beliau bersabda. : 'Apakah engkau mengeluarkan zakat untuk hartamu itu ?" Aku menjawab : "Tidak atau apa yang Allah kehendaki", beliau bersabda : "Zakat yang engkau keluarkan itu dapat menyelamatkan engkau dari Neraka". Hadits ini dishahihkan oleh Al-Hakim sebagaimana disebutkan oleh Al-Hafizh Ibnu Rajab dalam Bulughul Maram.

Dalil-dalil ini menunjukkan bahwa barangsiapa yang tidak berzakat maka harta itu menjadi barang simpanan yang mana pemiliknya akan disiksa pada hari Kiamat, Na'udzu Billah.

[Majmu' Fatawa wa Maqalat Mutanawwi'ah, Syaikh Ibnu Baaz, 4/124]

[Disalin dari buku Al-Fatawa Al-Jami'ah Lil Mar'atil Muslimah, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Tentang Wanita 1, penyusun Amin bin Yahya Al-Wazan, terbitan Darul Haq hal. 205- 207, penerjemah Amir Hamzah Fakhruddin]

sumber disini
................................................................................
Panduan : Bagaimana Membeli Perhiasan Emas
Emas Terlampau dan Melampau : Perhiasan Wanita, Kereta Emas, Kasut Emas, Hiasan Rumah

Thursday, January 7, 2010

BELI EMAS

Hukum Beli Emas Ansuran & Trade 'In'

a- Ustaz, saya ada mendengar bahawa barangan emas tidak boleh di beli secara ansuran, adakah ia benar dan mengapa? Untuk makluman, jual beli emas secara tangguh ini amat berleluasa terutamanya di Kelantan.

b- Pohon penjelasan ustaz juga berkenaan cara menukar emas lama dengan yang baru, yang dikenali sebagai "trade in" yang selalu di lakukan oleh kaum wanita di Malaysia.

- ingin selamat di akhirat-

Jawapan :

a. Jawapan Emas di Jual Beli Secara Ansuran.

Semua ulama empat mazhab mengharamkan jual beli barangan emas secara ansuran dan hutang.

Bagaimanapun, terdapat pandangan yang mengatakan ia bukan lagi di anggap emas kerana telah dibentuk, bagaimanapun semua empat mazhab menolak hujah ini kerana gelang, cincin, rantai emas itu, walaupun telah di bentuk ia masih lagi emas dan tidak akan terkeluar dari sifat emasnya. Ia juga adalah pendapat sahabat seperti Ibn Umar, Udabah bin Somit dan disokong oleh pelbagai ulama kontemporari seperti Prof. Dr Muhydin Qurah al-Daghi, Prof Dr Ahmad al-Kurdi, Prof Dr Ali Salus. Prof. Dr Mohd Said Ramadhan Al-Buti dan ramai lagi.

Rujuk pandangan mazhab empat dalam Al-Mabsut 14/4 ; Al-Bayan wa at-Tahsil 6/444 ; At-Tamhid 2/246 ; Al-Umm , 2/32 ; Takmilah al-Majmu' oleh As-Subky . 10/83 ; Mughni al-Muhtaj , 2/25 ; al-Mughni oleh Ibn Quddamah , 6/60 )

Ibn Abd al-Barr dlm Istizkar menyatakan telah berlaku ijma' (sepakat) mengatakan bahawa emas dengan emas seperti dalam bentuk ‘at-tibr' (serbuk) dan apa jua bentuk emas tersebut, hukumnya tetap tidak harus berlaku sebarang tafadhul (tambahan dari mana-mana pihak yang berurusniaga), demikian juga perak. Justeru tidak harus membelinya secara ansuran dan hutang.

Khatib As-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj (2/25) mengatakan bahawa hasil pembuatan atau tukangan emas hingga menjadi barang kemas berbentuk itu tidak memberi sebarang kesan kepada hukum emas yang asal.

Bagaimanapun terdapat satu pendapat minorti ulama yang mengatakan bahawa emas tulen apabila ia telah di bentuk sehingga menjadi rantai, gelang dan cincin. Ia telah menjadi sil'ah (barangan dagangan seperti kereta kerana terdapat proses pembentukan dan pembuatan) dan tidak lagi dianggap sebagai emas biasa, justeru hukumnya juga berubah.

Pandangan minority ini di katakan adalah pandangan Ia adalah pendapat Mu'awiyah (Rujuk riwayat ini dalam Al-Muwatta oleh Imam Malik dlm kitab Buyu' no 2541; An-Nasaie 7/279 ; Al-Bayhaqi 5/280, tapi Abu Darda telah menegur Mu'awiyyah kerana pandangannya bersalahan dengan nas hadith dan kemudian mengadu ke Sayyidina Umar, dan Umar juga mengharamkan), Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim (Rujuk I'lam al-Muwaqqi'ien, 2/141 utk pendapat Ibn Qayyim dan rujuk kitabnya Tafsir ayat Asykalat utk pendapat Ibn Taymiah 2/632 tapi jika dirujuk Majmu' al-fatawa kita akan dapati Ibn Taymiah bersama pendapat jumhur pula). Hasilnya menurut kumpulan ini adalah Harus untuk menjual dan membelinya secara hutang dan ansuran kerana ia telah jadi sil'ah (barang dagangan).

Ia disokong Prof Dr Mahmud ‘Akkam dari Syria dan disetujui oleh As-Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi (kerana "umum al-balwa" - Perkara maksiat yang kurang mudarat tetapi terlampau meluas dan sukar untuk di halang).

Mereka semua menyokong apa yang disebut oleh Ibn Rusyd al-Maliki ( w 595 H) berkata (Rujuk Bidayatul Mujtahid 2/103) yang mengatakan bahawa: "perhiasan emas dan perak sudah terkeluar dari katergori emas tulen (yang tertakluk kepada hukum tukaran emas dalam Islam), justeru harus menjual dan membelinya walaupun secara tangguh.

Ibn Mufleh al-Hanbali (w 763 H) pula berkata (rujuk al-Mubdi' 4/149) : Sesungguhnya ia telah keluar dari sifat asal dengan sebab sun'ah (pembuatan dan pertukangan).

Dalil-dalil jumhur dari pelbagai hadith, boleh rujuk di dalam kitab Az-ziyadah Wa atharuha fi al-Mu'awadah al-Maliah oleh Dr Abd Raouf Bin Muhd Al-Kamali (tesis PhD di Univ Imam dengan tahap Mumtaz, 2/558)

Kesimpulan dan pandangan terpilih : Maka hukum barang kemas adalah sama dalam hal ini, kerana ia tetap emas pada pandangan majoriti, lalu setiap pembelian dan penjualan yang dibayar menggunakan duit (maka Kesatuan Fiqh Sedunia telah memutuskan bahawa matawang kertas adalah ‘nuqud istilahiah' yang sama hukum hakamnya dengan emas, maka jual beli barang kemas dengan wang adalah nuqud dengan emas, maka wajib taqabud boleh tafadhul kerana tidak sama jenis.


b- Jawapan Bagi ‘Trade in' Emas Lama Dengan Emas Baru.

Jelas menurut perbahasan hukum bahawa ‘trade in' emas lama dengan yang baru atau barang kemas emas lama dengan yang baru mestilah mengikut hukum yang dibincangkan di atas, iaitu menurut majoriti ulama setiap barang kemas tetap dianggap emas dan bukan sil'ah, maka bila seseorang ingin menukarnya dengan barang kemas baru emas yang lain. Ia mesti punyai dua syarat tanpa khilaf (Boleh rujuk pelbagai kitab antaranya al-muamalat al-Maliah al-Mu'asiroh oleh Prof Dr Ali Salus, hlm 180 ; Al-Buyu' al-Sya'iah oleh Dr Tawfiq al-Buti dan lain-lain), iaitu :

i) Mutamathilan - mesti sama berat timbangannya. Manakala standard emas tersebut (‘Iyar) 20 atau 21 atau 24 tidak memberikan sebarang kesan. Ia adalah berdasarkan hadith yang menyebut tentang tamar khaibar (yang kurang elok atau buruk) yang ditukar dengan tamar Janib (yang elok) yang mana ianya mesti menuruti syarat sama berat walaupun berbeza kualiti. Hadith ini riawayat al-Bukhari dalam kitab al-Buyu', no 4553. Jika tidak Riba Al-Fadl akan berlaku.

ii) Mesti 'Taqabud fil hal aw fil majlis' ( diserah dan terima dalam satu masa) - kerana ia adalah tertakluk kepada hukum sarf (tukaran matawang dengan matawang), maka tidak dibenarkan untuk menangguh masa serahan. Justeru, mestilah kita menyerahkan emas lama, dan kemudian penjual menyerahkan emas baru yang sama berat pada ketika itu juga. Jika tidak, Riba Nasiah akan berlaku.

Mungkin ada yang akan bertanya, jadi kalau kita ingin melakukan 'trade in' dengan emas baru yang lebih mahal harganya?? Bagaimana kita nak bayar tambahan harga itu?

Jawabnya : Ia sama dengan kes dalam hadith Tamar Khaibar dan Janib tadi. Jawapan yang diberi oleh Rasulullah SAW adalah : "Juallah dengan sempurna , ambillah harganya dan kemudian belilah semula dengan duit kamu tadi"

JELAS, CARANYA : MESTILAH SESEORANG YANG INGIN MELAKUKAN 'TRADE IN'. MENJUAL TERLEBIH DULU KEPADA PEKEDAI EMAS ITU, LALU IA MESTILAH MENGAMBIL DUIT HARGA RANTAI LAMA ITU, CTH HARGA SEUTAS RANTAI EMAS LAMA KITA RM 2000 DAN BERATNYA 200 GRAM, APABILA KITA INGIN TRADE IN DENGAN RANTAI BERHARGA RM2500, MAKA KITA MESTI JUAL DULU, LEPAS KITA PEGANG DUIT RM2000, BARULAH KITA PILIH RANTAI BARU DAN KEMUDIAN TAMBAH DGN RM 500, KEMUDIAN PEMBELI MEMBAYAR KEPADA PEKEDAI LALU MENGAMBIL RANTAI BARU ITU.

Kemungkinan jika transaksi seumpama ini di buat di Malaysia, ia akan kelihatan pelik. Bagaimanapun itulah cara yang selamat dari Riba.


Ust Zaharuddin Abd Rahman

Friday, January 1, 2010

Bagaimana Membeli Perhiasan Emas


Tak luput dek hujan tak lekang dek panas, itulah pepatah yang begitu sinonim dengan perhiasan emas yang sentiasa menjadi pujaan dan buruan dikalangan peminatnya walaupun masa telah merentasi zaman dan generasi berabad-abad lamanya. Dengan mengenakan perhiasan emas, si pemakainya kelihatan anggun dan menawan. Ia juga melambangkan status kehidupan si pemakainya. Kini tidak lagi ramai yg memakai perhiasan dari emas kemana-mana memandangkan perubahan zaman dan faktor keselamatan, sebaliknya beralih kepada koleksi kemegahan peribadi.

Emas boleh dimanipulasi oleh tukang emas dengan apa cara pun yang di ingini bergantung kepada kepakaran dan kemahirannya. Emas boleh dibentuk dengan berbagai bentuk, ia tidak mudah patah walaupun sebesar helaian rambut. Tahukah anda? satu auns emas boleh ditempa menjadi lembaran tipis ultra seluas sepuluh kaki persegi. Sifat emas tulen tidak terjejas atau sebam dengan elemen lain, tetapi tidak seperti logam-logam lain yang boleh menghasilkan residu dan berpindah ke kulit pemakainya sebagai daki atau kotoran. Biasanya ia menjadi masaalah bagi orang yang mempunyai alergi atau alahan logam yang digabungkan dengan emas, tetapi perlu difahami bahawa emas itu sendiri sebenarnya tidak mendatangkan masalah.

Apakah Mutu Perhiasan Emas Anda?

Adakah cincin di jari anda ditandakan 916, 950, 14K atau 18K? Untuk pengetahuan anda nombor menunjukan peratus kandungan emas tulen dan K mewakili karat, 1 karat bersamaan 200 mg, Semakin tinggi nombor karat, bermakna semakin tinggi kandungan emas dalam perhiasan emas anda seperti dibawah.

Standard Emas Malaysia
999 - 24K
950 - 23K
916 - 22K
875 - 21K
835 - 20K
750 - 18K
585 - 14K
375 - 9K
Emas di Malaysia lebih popular seperti bawah
1) Emas 10 atau 999 - 24K - 99.9% kandungan emas
2) Emas 950 - 23K - 95.4% kandungan emas
3) Emas 916 - 22K - 91.6% kandungan emas

* 24k gold, adalah emas tulen.
* 18K gold, mengandungi 18 bahagian emas dan 6 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 75% emas.
* 14k gold, mengandungi 14 bahagian emas dan 10 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 58,3% emas.
* 12k gold, mengandungi 12 bahagian emas dan 12 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 50% emas.
* 10K gold, mengandungi 10 bahagian emas dan 14 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 41.7% emas. (10K emas karat adalah kandungan minimum yang boleh disebut "emas" di Amerika Syarikat).

Tanda Mutu bagi Negara Eropah
Perhiasan emas Eropah ditandakan dengan nombor-nombor yang menunjukkan peratusan kandungan emas mereka, seperti dibawah:
* 18K gold, ditandakan 750 untuk menunjukkan 75% emas
* 14K gold, ditandakan 585 untuk menunjukkan 58.5% emas
* 10K gold, ditandakan 417 untuk menunjukkan 41.7% emas

Tanda-tanda lain pada Perhiasan Emas
Selain dari tanda karat pada perhiasan emas anda, ia juga perlu disertai dengan tanda atau cop dagangan untuk mengenal pasti pembuatnya. Tanda negara asal barangan mungkin juga akan disertakan.

Di kebanyakan negara di dunia undang-undang menghendaki setiap barang kemas secara jelas dicop dengan simbol karat. Ia sering dikawal melalui sistem "Hallmarking" yang berasal dari London di "Goldsmiths' Hall" mulai abad ke 14. Hari ini "Hallmarking" adalah diwajibkan di Belanda, Mesir, Britain, Peranchis dan Bahrain. Jika tiada undang-undang yang mengawalnya, pengilang akan sewenang-wenangnya mengecop sendiri barang kemas mengikut cop tanda perusahaan mereka termasuk karat dan ketulenan.

Hallmark ialah satu tanda atau beberapa siri tanda dicetak pada logam berharga seperti platinum, emas, perak dan di sesetengah negara, palladium.
Hallmark sering disalah ertikan dengan perkataan trademark. Hallmark ialah satu tanda rasmi yang mengesahkan ketulenan sesuatu logam, trademark pula adalah pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan dan membuat sesuatu produk.
Common Control Mark atau CCM yang biasa dilihat pada emas, perak & platinum.

Mengapa Emas di Campur Dengan Logam Lain?
Emas tulen tidak praktikal dan tidak sesuai untuk dipakai sehari-hari kerana lembut, ia perlu dicampur dengan logam lain supaya lebih keras dan tahan lasak. Menambahkan logam lain sebagai campuran “metallurgists” membolehkan anda menukar warna emas. Paladium atau nikel boleh ditambah untuk mencipta emas putih. Menambahkan tembaga menghasilkan warna mawar atau merah muda.

Emas diguna Sebagai Salutan (Coating)

Berbagai kaedah mekanikal digunakan untuk menerapkan lapisan emas kepada logam selain emas supaya sesuatu barang kemas itu menjadi jauh lebih murah. Semakin tebal lapisan emas disalutkan, bemakna semakin tahan lama dan sukar logam di dalamnya terdedah disebabkan hakisan.

Kandungan Emas Dalam Barang Kemas
Kebanyakan barang-barang kemas baru telah ditanda yang menunjukkan berapa banyak dan apa jenis emas digunakan untuk salutan. Contoh yang ditulis 1/20 12k GF bermaksud bahawa perhiasan tersebut 1/20 berdasarkan berat emas 12k.

Emas diguna Sebagai Saduran (Plating)

Saduran emas adalah proses yang menggunakan kaedah elektrolisis. Lapisan emas pada barang kemas yang menggunakan kaedah saduran biasanya lebih nipis berbanding dengan emas dalam bentuk emas salutan, mungkin anda pernah terdengar istilah-istilah seperti mencuci emas atau mengilatkan barang kemas secara percuma setahun sekali apabila membeli barangan kemas mereka, ini menggambarkan lapisan emas yang disadurkan sangat tipis dan tidak bermanfaat atau tahan lama dan perlu di sadur semula.

Jadi, Apa yang Harus Anda Beli?
Emas tumpat (Solid gold) adalah tahan lama, ia merupakan pilihan yang terbaik untuk perhiasan anda. Jenis salutan atau saduran yang mungkin menyebabkan reaksi alergi atau alahan. Jika anda mempunyai alergi terhadap nikel atau logam lain, pilihlah yang mempunyai kandungan emas, seperti emas 18K atau 22k. Emas tumpat senantiasa mempunyai nilai samaada belian, jualan atau gadaian. Walau bagaimanapun ianya tetap bergantung kepada kemampuan kewangan anda.
by: Dunia Emas

30 day gold price per ounce
30 Day gold silver ratio.


Recent Posts

Emas Terlampau dan Melampau