To save your family, buy gold...... To help our nation, keep gold...... use gold...

Tuesday, September 20, 2011

Apa itu Pelaburan Emas(Fizikal) , Skim Emas dan Skim cepat kaya ??

Pelaburan Emas.

Di Malaysia, memang ada syarikat-syarikat yang menawarkan pelaburan emas. Ramai yang terkeliru antara pelaburan emas dan menyertai Skim pelaburan emas.
Pelabur menyertai skim-skim pelaburan ini bukanlah atas sebab emas, tetapi kerana dijanjikan pulangan lumayan. Tanpa pulangan lumayan, skim ini akan gagal menarik perhatian pelabur.

Bukan tujuan saya nak menggalakkan anda menyertai skim pelaburan emas, tetapi lebih kepada memberi panduan sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan emas ni.

Jika anda mengetahui mana-mana syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas, sila letakkan di bahagian komen. Maklumat ini perlu dikongsikan bersama.

Jika anda berminat untuk menyertai skim pelaburan emas atau pelaburan emas, disini saya ada sedikit panduan untuk anda:

Panduan sebelum menyertai pelaburan emas.

1. Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat malaysia.
Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas.
anda boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/
Biasanya, ini adalah perkara pertama yang saya akan lakukan.
2. Berapa harga emas yang dijual? Adakah harga semasa dunia atau lebih tinggi?
3. Buat pengiraan kos penyertaan. Ada syarikat yang akan kenakan kos-kos
sampingan kepada pelabur. Kos-kos ini perlu diambil kira kerana ia akan
mengurangkan keuntungan pelabur.
4. Pastikan bila anda membeli emas, anda mendapat emas waktu itu juga.
Kadang-kadang ada syarikat yang tidak memberikan emas dengan alasan
tiada stok lagi dan lain-lain, tetapi tetap memberikan pulangan kepada pelabur.
Ini adalah salah! Kalau syarikat tersebut ada rekod buat begini, JANGAN SERTAI!
5. Jika program berkenaan memerlukan anda menyerah balik emas anda
kepada syarikat untuk didagangkan, JANGAN SERTAI!
Ini adalah risiko yang sangat tinggi.
6. Exit cost – setelah tamat kontrak, adakah syarikat membeli balik emas anda?
Berapa kos ditolak? Kira kos ini kerana ia akan mengurangkan keuntungan anda.
7. Cuba kira kerugian anda dalam ‘worst case senario’
Contohnya kalau syarikat cabut lari. Kalau syarikat tu ada agen,
minta agen tu cerita dan kira. Jangan cerita profit aje, kira rugi sekali.
Jadi anda boleh tahu risiko awal-awal.
8. Ada kontrak tak? kalau ada kontrak, senang nak refer kalau ada apa-apa masalah
di masa hadapan. Kalau janji mulut sahaja then JANGAN SERTAI.
Tetapi ingat kontrak cuma panduan, bukan penyelamat.
Kalau syarikat nak menipu, dia akan tipu juga.


Faktor risiko.

Menyertai skim pelaburan emas mempunyai kebaikan dan keburukan risiko tersendiri.
Contohnya kebaikan ialah pulangan yang ditawarkan lebih tinggi berbanding kaedah pertama. Kalau syarikat bertahan lama, maka memang pelabur boleh buat duit. Tapi sebelum anda seronok membayangkan keuntungan saya nak beritahu bahawa skim pelaburan emas ada risikonya.
Pelabur boleh rugi kalau syarikat cabut lari atau syarikat tak bayar atau syarikat menghadapi tindakan pihak berkuasa. Apatah lagi kalau anda buat loan untuk menyertai program-program pelaburan emas.
Anda boleh rugi besar

Skim cepat kaya yang menggunakan emas.
Skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan. Ini perlu dielakkan sama sekali. Bagaimana nak tahu? mudah ja.. ini ciri-cirinya:

1. Syarikat/agen akan menumpukan penerangan kepada PULANGAN YANGLUMAYAN.
Bagaimana boleh buat duit berbanding bercerita pasal emas.
2. Pendaftaran syarikat tidak di SSM tidak menunjukkan syarikat terlibat dengan
aktiviti jual beli emas.
3. Harga emas yang dijual adalah tinggi, tapi anda joint sebab pulangan lumayan
yang dijanjikan.
4. Jika anda cari pelabur lain, anda dapat komisyen. Lebih ramai, lebih income.
5. Pulangan yang dijanjikan amat tinggi contoh 10% sebulan
6. Kalau nak dapat pulangan lebih tinggi, emas perlu diserahkan kepada syarikat
semula untuk didagangkan. Kalau begini, better lari jauh-jauh.


Kesimpulan:

Adalah penting bagi anda menjadi seorang pelabur yang bijak.
Dengan memahami jenis pelaburan emas ini, saya harap anda tahu yang manakah satu anda boleh sertai dan yang mana satu perlu dielakkan.
Jika anda ada maklumat berkenaan syarikat yang menawarkan pelaburan emas, sila kongsikan di bahagian komen http://www.dinaremasmalaysia.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Comment

30 day gold price per ounce
30 Day gold silver ratio.


Emas Terlampau dan Melampau