To save your family, buy gold...... To help our nation, keep gold...... use gold...

Tuesday, June 14, 2011

Sejarah Emas


Komoditi emas mula di dagangkan di Spot Market bermula pada tahun 1992, ianya bermula dengan harga serendah $345.63 per oz bersamaan RM 38.50 segram (mengambil kira $1 = RM 3.50), kemudian pada tahun 1996, di sebabkan kemelesetan ekonomi dunia harga emas telah menurun kepada paras terendah untuk selama2nye iaitu pada harga $249.42 per oz. Disebabkan krisis kemelesetan yang begitu hebat pada waktu itu, ekonomi dunia dan komoditi emas mengambil masa selama hampir 5 tahun untuk proses "Recovery" atau baik pulih semula iaitu sehingga pada tahun 2001.


Graf menunjukan kenaikan harga emas dunia...
Sejak dari itu harga emas di pasaran dunia terus-menerus meningkat saban tahun sehinggalah pada tahun 2007, sekali lagi krisis ekonomi berlaku di sebabkan "Sub-Prime Crisis" atau krisis sub-prima sekaligus menyebabkan harga emas menurun daripada $963.69 kepada $724.63. Namun, berpandukan kisah hitam 10 tahun yang lalu, beberapa langkah drastik telah diambil oleh A.S untuk memperbaiki krisis itu, dan dalam hanya beberapa bulan sahaja harga emas telah kembali meningkat kepada $981.18 per oz. Bertitik tolak dari krisis dunia kali ke-2 ini, masyarakat telah mula sedar bahawa punca kepada semua krisis ekonomi dunia ialah disebabkan pengamalan sistem ekonomi kapitalis yang menyebabkan berlakunya Inflasi (kejatuhan nilai wang) dari tahun ke tahun di seluruh dunia.

Kesinambungan itu, ramai masyarakat telah mula menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas fizikal berbanding wang ringgit, yang mana ianya memegang nilainya sendiri dan tidak seperti wang kertas yang mana nilainya perlu bersandarkan dengan rizab simpanan emas di sesebuah negara itu. Sejak itu harga emas terus meningkat saban tahun iaitu dari $981.18 per oz, kini telah mencapai paras tertinggi dalam sejarah harga emas dunia iaitu melebihi $1500.00 per oz!! Lihat, betapa tingginya permintaan terhadap besi kuning ini sedangkan penawarannya amat terhad dan ianya adalah semulajadi.

Justeru, marilah sama-sama kita menyimpan kekayaan dalam bentuk emas, agar wang yang disimpan tidak susut nilainya di telan Inflasi

Sunday, June 5, 2011

Dinar Dirham: KGT sasar 20 ribu kedai


Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 28 Mei: Kelantan Golden Trade (KGT) mensasarkan 20,000 peniaga yang berminat menerima urusniaga Dinar dan Dirham bagi menyemarakkan penggunaan mata wang syariah.

Pengarah Eksekutif KGT Nik Mahani Mohamad berkata, tindakan proaktif itu bagi mempopularkan semula penggunaan mata wang syariah di kalangan umat Islam.

“Untuk 2011 kami target pendaftaran 20,000 kedai termasuk kedai kepunyaan non-muslim yang sedia menerima Dinar dan Dirham sebagai mata wang syariah.

“Dan diharap ia menjadi pencetus kepada pembayaran gaji kakitangan kerajaan, pembayaran zakat dan aktiviti jual beli rakyat menggunakan Dinar dan Dirham” katanya pada persidangan media sempena Kempen Dinar Emas Kelantan 2011 di sebuah hotel di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi KGT, Umar Ibrahim Vadillo. Sekarang lebih 2,000 pekedai berdaftar dengan KGT di seluruh Malaysia.

Nik Mahani juga berkata, KGT kini berusaha menyemarakkan lagi penggunaan mata wang syariah, di mana telah dimulakan kempen sejak dua bulan lalu di Kuala Lumpur.

“Di samping mendekati rakyat, program itu juga dilaksanakan sempena pelancaran Projek Printis Pasar Terbuka Pasar Besar Siti Khadijah di Kelantan,” ujarnya.

KGT juga melancarkan Khidmat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bagi memudahkan pengguna mengetahui harga harian Dinar dan Dirham pada sepanjang tahun.

Selain itu KGT turut menyertai Karnival Halal Kelantan 2011 yang akan dirasmikan Tengku Mahkota Kelantan pada 29 Mei di Balai Islam.

sumber : Harakah Daily

30 day gold price per ounce
30 Day gold silver ratio.


Emas Terlampau dan Melampau